Nestle Omega Plus Walk-A-Mile 2016


Tahukah anda?

Setiap 15 minit, terdapat satu kematian yang disebabkan oleh penyakit jantung di Malaysia. Kolesterol tinggi kekal sebagai salah satu faktor risiko utama yang menyumbang kepada perkembangan penyakit jantung. 2015 National Health and Morbidity Survey juga mendedahkan bahawa 1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia mengalami kolesterol tinggi dan 42% daripada rakyat Malaysia yang mempunyai kolesterol yang tinggi adalah di bawah umur 40 tahun.

Semalam Aten dan rakan blogger lain berkesempatan untuk meyertai acara Walk-A-Mile yang dianjurkan oleh Nestlé Omega Plus® dengan kerjasama Yayasan Jantung Malaysia. Percaya atau tidak, tahun ini genap 15 tahun penganjuran acara tahunan Walk-A-Mile (WAM) oleh Nestlé Omega Plus® berkolaborasi dengan Yayasan Jantung Malaysia (YJM). WAM adalah acara paling lama bertahan berkaitan dengan advokasi kesihatan jantung di negara ini. Wow! 15 tahun bukan nombor yang sikit. Bermakna, rakyat Malaysia sudah sedia maklum bahawa beriadah mampu menjaga kesihatan diri kita.

Walaupun pagi semalam hujan rintik-rintik namun tidak mematahkan semangat rakyat Malaysia untuk menyertai Walk-A-Mile (WAM) . Seramai lebih 3,800 rakyat Malaysia telah berjalan sejauh sebatu dengan Nestlé Omega Plus® & Yayasan Jantung Malaysia untuk menyelamatkan nyawa sempena Bulan Jantung Sedunia.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh Nestlé Omega Plus® untuk peserta yang hadir. Apa yang Aten perhatikan, peserta Walk-A-Mile sangat gembira dengan aktiviti yang diadakan. Yang paling mendapat sambutan hangat adalah Zumba! Seawal 6.30 pagi tau Zumba dilakukan. Hebat penangan Zumba:D
Beriadah beriadah jugak tapi jangan lupa sarapan pagi tau. Sangat penting untuk membekalkan tenaga di sepanjang hari kita. Semangkuk bijiran dan 2 gelas susu Nestlé Omega Plus® sudah memadai untuk kekal bertenaga sepanjang hari! 
Chew Soi Ping menyerahkan cek daripada Nestlé Omega Plus® berjumlah RM30,000 kepada Yayasan Jantung Malaysia (YJM) sebagai sumbangan dan sokongan terhadap usaha dan dedikasi berpanjangan Yayaysan Jantung Malaysia terhadap pendidikan tentang kesihatan kepada umum. 

Terdapat 3 faktor utama kepada pengurusan holistik kesihatan jantung:
Lakukan aktiviti fizikal setiap hari - Gabungan aktiviti sederhana dan aktiviti berat tiga puluh minit sehari, lima kali seminggu. Apa-apa sahaja yang membuatkan badan kita bergerak dan membakar kalori dianggap aktiviti fizikal. Berjalan lebih adalah cara yang baik untuk meningkatkan kesihatan jantung. 
Pemeriksaan kesihatan - Walaupun kita sihat, check je kesihatan kita. Kadang-kadang luaran nampak macam sihat, tapi bila check kat doktor, kolestrol tinggi lah, darah tinggi lah. So, setahun buat la 2 pemeriksaan kesihatan. Tanya mengenai tekanan darah, kolesterol, kadar jantung, glukosa darah dan berat badan kita. Wajib tau semua ni so that kita boleh maintainkan untuk pemeriksaan yang seterusnya. 
Makan makanan seimbang - Haaa, kalau makan tu, isi separuh pinggan anda dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Jangan lupa minum susu jugak. Banyak khasiat. Contoh susu Nestle Omega Plus. Minum 2 gelas sehari pun dah memadai macam yang Aten selalu buat. Hehehe. Sesuai untuk mengawal kolestrol dalam badan kita :D
Berjalan selama 15 minit setiap hari mengurangkan risiko gejala penyakit jantung (kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, kencing manis) dan ia berpotensi menyelamatkan hidup kita. Ini adalah sebab mengapa Nestle Omega Plus, sebagai advokat kesihatan jantung Malaysia, terus menggesa rakyat Malaysia untuk menjadi aktif secara fizikal.

"Jantung sihat, badan cergas!"

Post a Comment

0 Comments