Lady Aderissa Couture (LAC) kini di Bangi Sentral

Minggu lepas Aten dan rakan blogger dan media lain berkesempatan untuk ke Grand Opening butik Lady Aderissa Couture. Aten first time dengar nama butik ni. Tak sangka dah 3 tahun LAC bertapak di dalam dunia fesyen.

Berpegang kepada prinsip trendy mengikut syariat, jenama tudung terkenal dalam talian, Lady Aderissa Couture atau LAC membawa sinar baru dalam industri tudung negara apabila menawarkan pelbagai jenis tudung bersaiz besar dan labuh dengan rekaan moden yang menarik.
Pengasasnya, Izzah Jaslenda berkata, keistimewaan tudung LAC terletak pada pematuhan kepada tuntutan syariat dan kualitinya.

“Kepakaran kami adalah menghasilkan tudung segera atau instant hijab, tudung separa segera atau semi instant, selendang lebar dan tudung bawal bersaiz besar, labuh, dengan kualiti terbaik. Matlamat kami adalah supaya wanita Islam dapat menutup aurat dengan sempurna mengikut tuntutan syariat namun tetap kelihatan bergaya dan kontemporari,” katanya yang pernah berkhidmat di Bank Negara Malaysia sebelum menceburi bidang keusahawanan tudung secara sepenuh masa.
Kualiti dan keunggulan jenama LAC juga diiktiraf apabila menjadi penaja bagi pelbagai majlis melibatkan selebriti terkemuka negara termasuk tajaan cenderahati eksklusif untuk majlis pernikahan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin serta tajaan pakaian untuk telefilem dan drama.

Izzah berkata, LAC yang membawa moto ‘Jenama Islam No. 1 Anda’ pada awalnya bergerak secara dalam talian termasuk dijual melalui laman web membeli-belah popular ZALORA sejak Disember 2015.

Kini, jenama tudung itu mula melebarkan sayapnya dengan memasuki pasaran runcit dan boleh didapati di AEON Shah Alam serta AEON Kota Bharu bermula awal tahun ini.
Menyentuh mengenai projek terkini LAC, Izzah berkata jenama itu berjaya mengeluarkan pakaian pejabat plus size pertamanya yang menampilkan dua rekaan eksklusif dan bergaya, iaitu #MayesaBlouse dan #BalqeesBlouse.
Katanya, LAC juga mengukir satu lagi sejarah manis apabila ia kini telah membuka butik pertamanya di Bangi Sentral pada awal Ogos yang lalu. 

Untuk tau lebih lanjut :

Lady Aderissa Couture (LAC)

Alamat :
1-11-3, Jalan Medan Pusat Bandar 7, 
Bangi Sentral,
Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor.
(Waze : Jalan Medan Pusat Bandar 7)

Contact :
03 89128614

Post a Comment

0 Comments