"Sajian Nostalgia" Buka Puasa Buffet @ Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur


Seperti hotel-hotel lain, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur juga menyediakan buffet ramadhan untuk pelanggannya. Bertemakan konsep nostalgia iaitu Seri Pacific Hotel menyediakan makanan tempatan yang biasa orang melayu makan.

Kenapa korang kena datang Buka Puasa kt sini?
Seri Pacific Hotel sangat strategik kerana berhampiran dengan pengangkutan awam seperti LRT dan stesen commuter PWTC.











Sajian Nostalgia di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur menyediakan kepelbagaian makanan tradisional yang sedap dan yang paling best setiap hari akan dihidangkan makanan yang berbeza. Ada stall kecik2 tau. Memang senang nak pilih makanan apa. Hehehe







Sajian Nostalgia Buka Puasa Buffet akan dibuat di Zende Restaurant dan Pacific Ballroom Level 2. Sambil korang makan tu, akan diadakan persembahan Ghazal. Wow! Seri Pacific Hotel juga menyediakan surau untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak di tingkat 6. Untuk sesiapa yang nak menunaikan solat terawih boleh menuju ke Masjid PWTC yang berdekatan dengan hotel.

Pacific Ballroom, Level 2
Date : 6 June - 5 July 2016
Price : RM98 nett (adult)
           RM49 nett (children)

Zende Restaurant, Lobby Level
Date : 8 June - 4 July 2016
Price : RM128 nett (adult)
           RM64 nett (children)
* Harga sudah termasuk dengan 6% GST

Antara makanan yang akan dihidangkan :
Sup Gearbox, Kambing Panggang, Sup Ekor Mamak, Sup Ayam, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Pisang Muda, Udang Goreng Kunyit, Ikan Siakap Kukud Kuah Tauchu, Ayam Lemak Rebung Santan Nipah Muda, Ikan Sembilang Laut Berlada Sri Kandi, Tumis Kupang Hitam, Lauk Pauk Kampung, Nasi Ayam, Nasi Briyani Gam, Asam Pedas Ekor Lembu, Sambal Tumis Petai, Masak Lemak Siput Buloh, Sambal Belacan, Cencalok, Budu, Tempoyak Cili, Sambal Nenas, Sambal Mangga, Sambal Gesek, ulam-ulam seperti kacang botol, pegaga, ulam raja, daun kadok, paku rawan, bubur lambuk, lemang, ketupat, serunding daging, serunding ayam, rendang ayam, nasi kandar, bubur cha cha, pengat ubi, bubur kacang hijaud dengan durian, pulut hitam, pengat pisang, bubur kacang merah, bubur jagung, buah-buahan seperti nangka, rambutan, jambu air, langsat, salal, duku. Minuman seperti Soya Bean, Air Kelapa, Lai Chee Kang, Teh Tarik, Nescafe Tarik, sirap selasih, air kiwi, air kurma, laici, ais kacang.

Untuk tempahan atau pertanyaan, boleh hubungi 03 4049 4351 / 03 4049 4352 atau email fbresv@seripacific.com . Boleh juga layari www.seripacifichotel.com untuk maklumat tambahan.

3 comments.. read them below or add one

Yanty Lee Yanty Lee 01 June, 2016
Pulut Serawa Duyan sedap walaupun susah nak telan duyan sebenarnya..
sayaiday sayaiday 03 June, 2016
wahhh sup gearbox pon ada, dah dekat sangat dengan office ni. hehehe
Nik Khazami Nik aziz Nik Khazami Nik aziz 05 June, 2016
banyak pilihan makanan.. mesti berbaloi