Berbuka Puasa @ Rymba Haven, Nilai

Hi korang !

Buka puasa makan apa tadi? Ke tak puasa? Opsss! Meh Aten nak story dekat korang satu tempat haritu Aten pergi bukak puasa dengan kengkawan Aten.

Engkorang pernah dengar Rymba Haven? Ala, Rymba Haven yang kt Nilai tuuu. Alaaa, Rymba Haven yang boleh tolong arrange event koran tu. Taktau? Haaa, senang cerita korang waze je. Confirm sampai. Hehehe. Nak tau lebih lanjut mengenai Rymba Haven, jom baca bawah ni :D

Rymba Haven ni merupakan satu tempat yang sesuai untuk membuat majlis atau acara-acara yang korang nak. Kira event venue dan event planner untuk korang punya event lah senang cerita. Hehehe. Tapiiii kalau nak buat acara kawen korang pun boleh tau. Sangat romantik tempat ni. Tersorok sikit tapi rasa tenang je tanpa ada gangguan pencemaran bunyi. Hehehe. 

Ni salah satu pakej yang ada di Rymba Haven. Menarik kan?

Memandangkan Aten ni gadis melayu asli yang comel, berbuka puasa pun mesti lah nak makan masakan melayu. Dah biasa tekak orang melayu mesti carik nasi jugak. Ye dak? Sempena Ramadhan kali ni, Rymba Haven ada juga membuat buffet ramadhan dorang sendiri. Rymba Haven menyediakan buffet Ramadhan berkonsepkan masakan kampung. Haaa, engkorang takya balik kampung dah. Datang sini je tau. Hehehe. Nak tau apa yang kitorang makan? Jom scroll bawah ni :D


Tengok gambar pun dah terliur kan? Engkorang belum rasa lagi. Masakan kampung style memang sedap ! Lagi-lagi ayam masak merah. Aten suka sangat. Hehehe. Sebenarnya ada banyak gambar lagi. Tapi cukup lah banyak ni, nak tau apa ada lagi kt Rymba Haven, korang wajib datang sini okay?  Engkorang kalau nak pergi tu jangan lupa ajak Aten tau :D

Harga :
RM 55 (Dewasa)
RM 30 (Kanak-kanak)

Ada diskaun RM 5.00 pada 14th May - 6th June 2016 ni. Sooo, cepat-cepat booking tau!

Untuk tau lebih lanjut mengenai Rymba Haven :
Website : rymbahaven.com

Contact number :‪+60 19‑287 1213

1 comment... add one now

Jie Susanos Jie Susanos 16 June, 2016
masakan kampung mmg terbaik..