Mulakan Pagi Anda dengan Dutch Lady PureFarm !




Tahukah anda?
49% kanak-kanak Malaysia kekurangan kalsium?

Kini, dengan kempen Milk Mornings Dutch Lady PureFarm dapat membantu menangani pengambilan kalsium yang rendah dalam kalangan keluarga Malaysia. 

Susu Dutch Lady PureFarm kini memberikan lebih banyak sebab untuk bersarapan dengan susu. Kempen Milk Mornings menggalakkan keluarga Malaysia minum susu pada waktu pagi atau menggabungkannya secara kreatif di dalam sarapan untuk membantu mereka memenuhi keperluan kalsium harian.


Seperti kita sedia maklum, sarapan pagi merupakan hidangan yang paling penting kerana sarapan pagi membekalkan tenaga untuk aktiviti pada hari tersebut dan meningkatkan pengambilan nutrisi harian kita. Susu membekalkan nutrien yang penting di mana tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan kita dan itu merupakan minuman dan bahan yang paling ideal untuk sarapan yang membantu keluarga Malaysia memenuhi keperluan kalsium harian mereka.


Menurut Proffesor Dr Poh Bee Koon dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata "tiada apa yang lebih baik untuk memulakan pagi anda dengan susu. Selepas 8 hinggan 12 jam daripada hidangan anda yang terakhir, segelas susu dengan makanan yang lain merupakan bahan yang memenuhi keperluan perut anda uang kosong. Minuman ini kaya dengan nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan agar mengawal fungsi secara sendiri selepas anda bangun dari tidur. Susu juga membantu tubuh badan bersedia untuk menyerap lebih banyak kebaikan daripada makanan anda"

Duta Dutch Lady, Aaron Aziz dan isterinya Diyana Halik juga berkongsi pengalaman mereka dengan anak-anak mereka. Kata Diyana " dia akan memastikan ketiga-tiga orang anak mereka cuba memenuhi keperluan kalsium seharian dengan meminum susu Dutch Lady PureFarm dan membekalkan mereka pek UHT susu Dutch Lady agar mereka boleh menikmati susu dengan mudah dalam perjalana pergi ke sekolah"


Demonstrasi masakan dari Chef Edy dan Aaron Aziz dan Diyana Halik. Belajar masak Crepe Suzette atau makna yang lebih senang lempeng dan milkshakes. Too cute to handle ! Suka gelak tengok telatah dorang. Kelakar habis. Diyana Halik sangat selamba hokay. Hahaha. Jenuh Aten dengan Kak Diya gelak tengok food demo dorang. Hahah. 



Selepas tengok demo, kami para blogger juga berpeluang untuk membuat Crepe Suzette dan milkshake sendiri. Hehehehe. Best betul kulinary room dekat KDU College ni tau. Bak kata Chef Ezam, dorang punya tempat kulinari ni paling most wanted tau ! Percaya atau tidak, dorang ada machine yang boleh meng-transform-kan nasi lemak ke bentuk kapsul untuk dibawa ke angkasa lepas! Wahhh hebat meletupssss *clap-clap*

Konklusi untuk entri ni : Cepat-cepat restock susu dan amalkan minum setiap hari setiap pagi okay ! Kita makin tua bukan makin muda, kena kekalkan dan tambahkan kalsium dalam tubuh badan ni agar sentiasa sihat dan kuat ! 

Post a Comment

0 Comments