Horlicks Melancarkan kempen Horlicks NutriQuest dan permainan NutriQuest ke seluruh negara



Hi korang ! 

Semalam Aten berkesempatan untuk ke event Horlicks di Sunway Pyramid.

Kalau korang nak tau, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd ataupun dikenali dengan GSK, peneraju global syarikat penjagaan kesihatan yang berasaskan sains melancarkan Kempen Horlicks NutriQuest dan mengumumkan aplikasi permainan mudah alih terbaru ke seluruh negara dalam satu majlis pelancaran interaktif. Horlick memanfaatkan platform yang menarik bagi memenuhi permintaan kanak-kanak yang dahagakan pengembaraan mencabar bagi memburu dan mengalahkan Dr. Greedy yang jahat bersama-sama wira-wira NutriQuest di pelbagai dunia. Saintis jahat, Dr. Greedy telah merampas dan sekaligus mengambil alih Kilang Horlicks kerana dia tidak mahu kanak-kanak mendapat manfaat daripada khasiat Horlicks.



Dalam usaha menyelamatkan dunia dan Kilang Horlicks, kanak-kanak dijemput untuk menyertai pengembaraan maya bersama-sama empat wira yang tinggi, kuat dan pintar ; Damien yang peramah, Omair yang bijak, Akin yang lincah dan Ida yang pintar bagi mengalahkan Dr. Greedy. Dalam permainan yang mempunyai pelbagai peringkat cabaran ini, kanak-kanak akan memulakan pengembaraan mereka di bandar, diikuti di hutan dan mereka akan maju ke dunia terakhir-iaitu di kilang di mana kanak-kanak akhirnya akan bersemuka untuk mengalahkan Dr. Greedy.

Diterajui oleh Horlicks, jenama ini komited dalam usaha menjadikan kanak-kanak tinggi, kuat dan pintar dengan menyediakan nutrisi yang sesuai. Kempen Horlicks NutriQuest menampilkan pelbagai aktiviti yang tersedia di atas talian dan di lapangan. Bertujuan meningkatkan penglibatan bersama-sama kanak-kanak, Horlicks akan mengadakan beberapa siri pameran, promosi jualan bersama Horlicks dan NutriCoins, serta penebusan barangan ekslusif di laman web Horlicks NutriQuest.

Horlicks NutriQuest menjangkaui lebih ramai kanak-kanak serta ibu-ibu


Kempen ini menggunakan pendekatan yang unik bagi menarik minat kanak-kanak di semua peringkat umur dan menyediakan platform untuk kanak-kanak belajar mengenai nutrisi dengan cara yang baru. Pengurus Besar GSK Consumer Healthcare Malaysia, Stacy Wallace berbesar hati dengan maklum balas positif yang diterima terhadap kempen Horlicks NutriQuest yang baru dilancarkan ini.



Bukan sekadar di dalam aplikasi permainan mudah alih, dunia permainan itu juga akan dihidupkan menerusi pameran Horlicks NutriQuest di seluruh negara. Kanak-kanak serta ibu-bapa dijemput untuk turut serta dalam permainan mencabar yang disediakan di gerai-gerai pameran yang menampilkan  pelbagai aktiviti interaktif seperti : gerai 'tinggi' yang menggalakkan kanak-kanak membesar dengan melompat tinggu bagi menangkap bintang Horlicks; gerai 'kuat' dimana kanak-kanak perlu berdepan dengan patung belon Dr. Greedy; dan kiosk 'pintar' yang menguji ketepatan kanak-kanak dengan menembak Dr. Greedy dan metaloidnya.


Menerajui penyediaan minuman bernutrisi penting, Horlicks sentiasa menjadi perintis kepada jenama minuman malt dalam kategori makanan dan minuman kesihatan. Horlicks diperkaya dengan 23 nutrien penting yang membantu  memenuhi keperluan nutrisi di kalangan kanak-kanak, yang amat penting dalam memastikan tumbesaran optima dan keseluruhan perkembangan kesihatan. Dua hidangan Horlicks memberikan segala kebaikan nutrisi, diperkuat dengan kalsium dan multivitamin yang membantu kanak-kanak membesar tinggi, kuat dan pintar.

Untuk maklumat lanjut mengenai Horlicks Malaysia, sila layari https://www.horlicks.com.my

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Horlicks NutriQuest sila layari https://www.horlicks.com.my/nutriquest atau https;//www.facebook.com/HorlicksMalaysia atau hubungi talian pengguna GSK 1 800 88 3225 atau emel ml.customer-relations@gsk.com

Horlicks Malaysia Website: https://www.horlicks.com.my 
Horlicks Malaysia Youtube: https://youtu.be/qoDhb72ny3o 
Horlicks Malaysia Facebook: https://www.facebook.com/HorlicksMalaysia  
Download NutriQuest on Google Play: 
Download NutriQuest on App Store:

Post a Comment

0 Comments