D'Saji Kajang Perdana Avenue Pilihan Majlis Perkahwinan Idaman


Korang pernah dengar pasal Kajang Perdana Avenue tak? 

Meh meh baca entry mengenai Kajang Perdana Avenue yang Aten pernah buat sebelum. Klik [ SINI ]

Haritu Aten dan beberapa blogger menghadiri Majlis Perasmian Kajang Perdana Avenue.


Kajang Perdana Avenue dilancarkan dan dirasmikan oleh YB Tan Sri Datuk Utama Hj Muhd Isa, Pengerusi Kumpulan Felda.

Aten pun baru tau tempat ni. Kajang Perdana Avenue ni tempat untuk orang kahwin tau. First time Aten datang sini rasa macam berada di pantai tau. Angin sepoi-sepoi bahasa. Ehhh betul ke tak ni peribahasa Aten. Kuikui

Kajang Perdana Avenue adalah hasil usahasama Felda D'Saji dengan kerjasama pemaju Kajang Perdana, D'Hill Sdn Bhddan MPKJ yang berjaya membangunkan semula tempat ini menjadi menarik dan ceria serta dapat dimanfaatkan penduduk sekitar.

Akses yang mudah utk korang boleh laluuntuk ke Kajang Perdana Avenue :

  • SILK Highway
  • Persiaran Kajang-Semenyih Bypass
  • Cheras-Kajang Highway
  • Seremban-Kajang Highway
  • Jalan Semenyih








Kajang Perdama Avenue mempunyai kapasiti sebanyak 700 orang pada satu masa. Ia terdiri dari sebuah dewan berhawa dingin yang boleh memuatkan 200 orang, dan dua ruang terbuka yang boleh memuatkan 250 orang setiap ruang. Kajang Perdana Avenue juga dilengkapi dengan bilik persalinan dan bilik menunggu VIP serta tandas dan bilik sembahyang untuk kegunaan tetamu.





Kajang Perdana Avenue adalah tempat perkahwinan yang ke-11 yang diuruskan secara ekslusif oleh Felda D'Saji. Felda D'Saji dengan ini menjadi katerer yang mempunyai venue perkahwinan sendiri terbanyak di Lembah Klang. Makanan yang disediakan oleh D'Saji Felda memang terbaik ! Memenuhi citarasa orang melayu kita. Hehehe

Antara lokasi sedia ada Felda D'Saji adalah :

  1. Dewan Perdana Felda di Jalan Semarak, KL
  2. Dewan Merak Kayangan di Jalan Perumahan Gurney KL
  3. Felda Villa di Jalan Maktab
  4. Casa Heliconia di Jalan Maktab
  5. Dewan Gemilang Yayasan Felda di Kelana Jaya
  6. Dewan Bankuet Menara Felda di Persiaran KLCC
  7. Dewan Besar Tun Rahah di Jalan Bukit Bintang
  8. Orchard Villa di Desa  Makmur Gombak
  9. D'Saji KL Titiwangsa di Tasik Titiwangsa
  10. Asmara Penchala di Kampung Sg Penchala

Korang tau tak, sejak diwar-warkan melalui Online, Felda D'Saji telah menerima 10 tempahan tetap berbayar dan 63 tempahan belum bayar. Bayangkan, belum rasmi lagi tempat ni, dah ada orang yang tempah tempat ni. Hebatttt!

Harga pengenalan pakej perkahwinan yang dilancarkan adalah RM28.00 seorang. Bukan setakat majlis kahwin je tau boleh buat kt sini, pelancaran produk, seminar, tapak ekspo pun boleh buat kt sini. Tinggal nak call buat tempahan dan sediakan duit je. Hehehhe.


Antara rakan blogger yang memeriahkan perasmian Kajang Perdana Avenue.

Untuk maklumat lanjut,
KAJANG PERDANA AVENUE 
Jalan Kajang Perdana 2/2,
Taman Kajang Perdana,
43000, Kajang, 
Selangor.

Tel : 03 8881 1311 ( Pej Putrajaya ) , 03 2698 8302 ( HQ )
Fax : 03 88811372 ( Pej Putrajaya ) , 03 2692 4159 ( HQ )
PIC : Encik Syaiful Nazlan 013 386 0453
     Puan Nurul Nadia 019 295 6232

Post a Comment

1 Comments

  1. makanan kat D Saji ni memang menarik....majlis-majlis yang besar memang boleh ambil D Saji sebagai katering....

    ReplyDelete