Salam Maulidur Rasul 1437H



12 Rabiulawal merupakan tarikh lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pada tahun 2015 ini istimewa apabila sambutan Maulidur Rasul disambut sebanyak dua kali iaitu pada awal tahun dan hujung tahun dengan tema sambutan yang sama iaitu Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Biodata Rasulullah SAW :
  • Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin 12 rabiulawal/20 april 571M (dikenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah).
  • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib,Mekah Al-Mukarramah.
  • Nama bapa: Abdullah bin Abu Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama: Barak ah Al-Habsyiyyah(digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah).
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-sa’diah (lebih dikenali Halimah Assa’diah.Suaminya bernama Abu Kabsyah).
  • Kewafatan Rasullullah SAW di Madinah Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal 11 Hijrah/08 Jun 632 Masihi.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Post a Comment

0 Comments