Swarovski - Pavilion Kuala Lumpur's Christmas Sparkles


Merry Christmas !

Krismas tahun ni, Pusat Membeli Belah Destinasi Utama, Pavilion Kuala Lumpur mengalu-alukan kita semua dengan sambutan yang paling besar dan berkilauan iaitu Christmas Sparkles.

Lebih dari 1000 tetamu kehormat dan pembeli menyerikan sambutan ini yang berkonsepkan kegembiraan dan kilauan sempena cuti ini. Dengan kerjasama Swarovski, mereka akan menambahkan keceriaan dan kilauan kepada semua orang. 




Yang menjadikan tarikan utama daripada acara ini ialah Pokok Krismas Swarovski yang berketinggian 23 meter yang diinspirasikan jenama koleksi Krismas oleh Miranda Kerr.

Pokok Krismas Swarovski ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan 175,000 ketulan kristal dari Swarovski yang disambungkan dengan 3000 tali yang memberi anggaran harga RM3 juta. Fuhhh ! ini merupakan Pokok Krismas Swarovski yang pertama di Malaysia dan Pokok Krismas Swarovski tertinggi di Asia !






Pada pelancaran acara tersebut, tetamu yang hadir dihiburkan dengan pemain piano professional, Charmaine Lai dan pemaion violin, Josh Kua. Mannequins Live diarak mempamerkan koleksi fesyen terkini oleh pereka fesyen terkenal Khoon Hooi yang membawa koleksi Swarovski Fall / Winter 2015. Persembahan hebat tarian lagu Krismas mempesonakan tetamu yang hadir. Loike !




Turut hadir event ini ialah Deborah Henry, Cik Joyce Yap ; Ketua Pegawai Eksekutif Retail, Pavilion Kuala Lumpur dan Encik Aymeric Lacroix; Pengarah Urusan Swarovski yang merasmikan acara itu dengan menyalakan Pokok Krismas Swarovski.

Pengasas Malaysia Book of Records, Tan Sri Danny Ooi turut hadir semasa
detik bersejarah ini, untuk membentangkan Pavilion Kuala Lumpur dengan satu anugerah yang diiktiraf sebgai Pokok Krismas Swarovski tertinggi di Malaysia. Hebat kan? :D




Pelbagai aktiviti menarik juga diadakan iaitu menaiki keretapi Sparkling pavilion Express dan bergambar dengan Santa Claus. Semua pembeli dialu-alukan mengongsi kegembiraan mereka dengan memuat naik gambar di Instagram dengan menggunakan hashtag #SparkleWithJoy


Perayaan Christmas Sparkles 

Let It Snow *
1 – 25 Dec l 8pm setiap hari
Bukit Bintang Entrance , Level 3
Tarikan utama semua orang. Berpeluang merasai dan mengalami 'snowfall'.

Sparkling Pavilion Express *
17 Nov 2015 – 3 Jan 2016
Centre Court, Level 2
RM5 setiap kali naik. Duit yang diperolehi akan didermakan kepada badan kebajikan.

Dear Santa *
17 Nov 2015 – 3 Jan 2016
Bukit Bintang Entrance, Level 3
Beli satu poskad dengan harga RM1 dan tulis ke Santa. 10 surat terbaik akan makan bersama-sama dengan Santa. Duit yang diperolehi akan didermakan kepada badan kebajikan.

Say Cheese *
17 Nov 2015 – 3 Jan 2016
Centre Court, Level 2
Berpakaian Krismas cantik dan mengambil gambar bersama keluarga disini hanya RM10.

Sparkling Joy with Santa *
5, 6, 12, 13, 19 – 25 Dec l 2pm & 6pm
Centre Court, Level 2
Derma RM10 kepada badan kebajikan dan dapat bergambar bersama-sama dengan Santa.

Untuk maklumat lanjut, 
hubungi Pavilion Kuala Lumpur’s Concierge at 03 2118-8833, 
 Facebook @PavilionKL, 
Twitter @Pavilion_KL, 
Instagram @PavilionKualaLumpur

follow Pavilion Kuala Lumpur on LINE @PavilionKL.

Post a Comment

0 Comments