10 Tip Mudah Sedekah


1. Jujur dan ikhlas kerana Allah. Luruskan niat, belajar dan latih diri untuk ikhlas.

2. Jangan mengungkit atau menyakiti hati penerima. Ia membatalkan kebaikan dan pahala sedekah.

3. Nilai pemberian tidak perlu difikirkan besar atau kecik. Pemberian yang tulus datang daripada hati yang tulus.

4. Ukirlah senyuman ketika bersedekah. Memasukkan kegembiraan ke dalam hati orang beriman adalah amalan yang paling disukai Allah.

5. Bersedekah tatkala kita sendiri sangat memerlukan. Ia sedekah yang paling afdal tarafnya di sisi Allah.

6. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Bukan semua balasan-Nya bersifat cash and carry atau magis. Yakinlah janji-Nya yang sentiasa melihat dan menghitung amal kebaikan hamba-Nya. Misterinya ganjaran dan pulangan daripada Allah itu tidak tergambar dek pemikiran kita.

7. Berdoa dan mengharap agar Allah menerima setiap sedekah kita. Jangan cepat puas kerana ia akan melahirkan jiwa yang sombong.

8. Jangan menangguh-nangguh bersedekah. Ingatlah, mati itu boleh datang bila-bila. Kita tidak tahu bila kesempatan bersedekah ini berakhir.

9. Sedekah memadam murka Allah. Ia juga memadam dosa umpama air memadamkan api serta menjadi perisai daripada azab neraka.

10. Hiasi setiap amalan dengan sedekah. Misalnya sebelum menunaikan solat, ketika berpuasa atau ketika kesibukan bekerja. In Shaa Allah setiap amalan yang dilakukan terasa lebih indah.

Renung-renungkan dan selamat beramal !

Post a Comment

3 Comments

  1. Zaman sekarang kalau memberi semuanya nak dihebahkan..ada juga yang sambil memberi tak sedar orang yang menerima timbul rendah diri dan malu.. bagus entry ni.bermanfaat untuk semua..

    ReplyDelete