Sejarah Sistem Barter

SEJARAH SISTEM BARTER
 
Sistem barter adalah kaedah kuno yang digunakan untuk bertukar barangan dan perkhidmatan. Sistem barter ini telah digunakan sejak berabad-abad lama dahulu sebelum penemuan wang. Barter merupakan salah satu bentuk awal perdagangan. Sistem ini memudahkan pertukaram barangan dan perkhidmatan semasa manusia belum menemui wang.
Sejarah barter dapat ditelusuri kembali sehingga tahun 6000 SM. Diyakini bahawa system barter diperkenalkan oleh suku-suku Mesopotamia. Sistem ini kemudian diterima pakai oleh orang Fenisia yang menukarkan barang-barang mereka kepada orang-orang di bandar-bandar lain yang terletak di seberang lautan.
Pelbagai barangan pernah digunakan sebagai standard barter. Contohnya adalah tengkorak manusia. Item lain yang popular yang digunakan untuk pertukaran adalah garam. Pada zaman dahulu, garam dianggap sebagai suatu barangan yang sangat berharga. Tentera Romawi pada zaman dahulu dibayar gaji dengan garam.
Kelemahan utama dari sistem barter ini ialah tidak adanya kriteria standard untuk menentukan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan yang tepat dan betul. Ini boleh mengakibatkan perselisihan dan pertengkaran antara pedagang.
Orang-orang Eropah mula menjelajah untuk menukarkan barang-barang yang mereka bawa seperti bulu, binatang dan menukarkan dengan minyak wangi dan sutera.
Pada suatu ketika dahulu, orang-orang colonial Amerika tidak mempunyai wang yang cukup untuk berniaga. Jadi, mereka menggunakan sistem barter untuk bantuan pembelian mereka..
Sistem barter juga pernah mewarnai sejarah tahun-tahun awal Universiti Oxford dan Universiti Harvard. Pada masa itu, pelajar-pelajar membayar wang kuliah dengan bahan makanan, kayu bakar atau ternakan.
Sistem barter kembali popular semasa kemelesetan besar pada tahun 1930-an akibat kekurangan wang.
Untuk pengetahuan semua, Adolf Hitler telah menggunakan system barter untuk mengumpul wang sebagai dana perang. Hitler melibatkan diti dalam perdagangan tukar barang dengan Negara luar seperti Greece, Sweden dan Rusia.
Pada Perang Dunia II, rakyat Jerman juga terpaksa melakukan barter akibat mata wang Jerman yang pernah mengalami kejatuhan nilai wang. Semasa berlakunya krisis kewangan, ramai orang  menggunakan system barter kembali kerana nilai mata yang tidak menentu.
Kebaikan Sistem Barter
1. Tidak melibatkan orang tengah.
2. Tiada peningkatan harga.
3. Pertukaran barang hanya berlaku apabila kedua-dua pihak berpuas hati dengan urus niaga mereka.
Kelemahan Sistem Barter
1. Penemuan Kehendak Beregu
Kedua-dua pihak A dan B harus mempunyai kehendak yang saling menggenapkan sebelum pertukaran boleh dilakukan. Pihak A harus dapat menawarkan barang X yang dikehendaki oleh B dan pada masa sama pihak A juga harus mempunyai keinginan kepada barang Y yang ditawarkan oleh B. Kadangkala proses pemadanan kehendak yang sesuai mengambil masa yang lama sebeluum proses pertukaran boleh dilakukan. Masalah penemuan kehendak bergu ini merupakan masalah paling utama dalam sistem pertukaran barter.

2.Kesukaran menentukan nilai pertukaran

Semasa pertukaran barang ,sukar untuk menilai dan menentukan kadar pertukaran antara barang yang diingin tukar kerana tiada nilai piawai yang boleh diikuti.

3.Masalah membahagi barang kepada bahagian yang kecil

Sesetengah barang seperti binatang ternakan tidak boleh dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil. Contohnya jika seorang penternak memerlukan seekor ayam sedangkan dia mempunyai seekor kambing,adalah tidak wajar baginya untuk memotong sebahagian daripada kambingnya untuk ditukarkan dengan ayam.

4. Masalah simpanan nilai

Oleh kerana sebahagian besar barangandalam masyarakat primitif itu merupakan hasil pertanian yang mudah rosak dan tidak tahan lama, maka pertukaran yang melibatkan barangan yang tidak tahan lama adalah tidak sesuai untuk ditukarkan, kecuali ia hendak digunakan dengan segera. Akan tetapi, pertukaran selalunya berasaskan barangan lebihan yang tidak akan digunakan dengan segera. Memang ternyatalah bahawa kebanyakan pihak tidak ingin melangsungkan pertukaran untuk memperoleh barangan lain yang tidak tahan lama dan tidak mempunyai ciri simpanan nilai.

5. Barang tidak tahan lama

Barang yang tidak tahan lama atau tidak mempunyai simpanan nilai yang cepat rosak seperti ikan dan sayur perlu ditukarkan dengan segera. Jika tidak, ia akan rosak dan ini akan merugikan pemilik kerana nilai barang tersebut akan berkurangan. Walaupun terdapat beberapa kelemahan, harus diakui bahawa ekonomi yang menggunakan sistem barter atau pertukaran secara langsung itu merupakan satu sistem yang lebih baik daripada sistem sebelumnya, iaitu sistem mampu diri. Sistem barter membolehkan pengeluaran ditingkatkan sebab terdapat kemungkinan pertukaran. Kemungkinan pertukaran telah menggalakkan unit-unit ekonomi menghasilkan pengeluaran yang melebihi keperluannya sendiri. Pertukaran juga membolehkan unit-unit ekonomi menikmati barangan yang sebelumnya tidak pernah dinikmati. Walaupun terdapat kemungkinan pertukaran, proses pertukaran itu tidak sempurna. Banyak pertukaran tidak dapat dijalankan kerana masalah-masalah tersebut dan juga masalah-masalah lain seperti tidak mempunyai sistem penilaian am dan wujudnya kos dalam ekonomi. Oleh itu, pertukaran di bawah sistem barter adalah terhad. Sebahagian masalah itu berpunca daripada kekangan bahawa barangan itu harus ditukarkan satu demi satu dan secara langsung.

Post a Comment

2 Comments

  1. Nak tukar ayam dengan iPhone 6 plus boleh tak? Hehe, nice sharing ^-^

    ReplyDelete
  2. Complicated sistem ni. Macam agak mencabar nak buat penawaran dan penerimaan

    ReplyDelete