Perempuan dan Shopping


Fuh fuh fuhhhhhh!

Sanggup giler wehh dorg tuuuu. Hahahahaha. Korang kan tau 3 hari lepas diadakan KL Raya Fest yang bertempat di PWTC.

Aten pun salah sorang orang gila tu. Hahahahah. 

First day dia bukak, 11 July lepas event, Aten kengkonon nak usha amende yg best kt sini. Yelaaaa, ada lebih 300 jenama yang bertapak dekat sini dan dengar cerita murah giler sampau orang berebut mcm kt dalam gambar tu. Gambar tu Aten amek dari Instagram Bella Ammara.

First dayyy, pukul 12 tengah malam, orang masih bersepahhh berlegar-legar di PWTC. First time la Aten tgk orang seramai tu. Kuikui.

Tgk kaunter register tu penuh terus tak jadi masuk. Patah balik, balik rumahh. Lagi sekali fuhhh bila nak keluar dari PWTC nak balik rumah. Bayangkan 3km nak balik rumah Aten mengambil masa 30 minit ! Jammed everywhere. Hukhuk. Memang day 1 tu ramai yang dok mengata management apa semua tak baguss.

Day 2 , Aten buat keje gila dengan Kak Ruby g PWTC lagi sekali. Ohhh, tak jammed. Masuk semua elok lancar jeeee. Maybe sebab dah tgk semua kata KL Raya Fest hari pertama tak best, so dorg tak dtg kot. Tapi Aten ngn Kak Ruby redah jugak. Hahahaha.

Yessss, murah memang murahhhh ! Habis la duit Aten RM200. Hahahahah. Bertambah pulak satu pasang baju raya Aten. Naseb bawak duit RM200 je, kalau RM300 memang boleh habis punya. Wedges, shawl, aksesori. Rambang mata wehhh. Hahaha.

Perempuan dan shopping? A very good combination. Hahahahhahaha.
Kau ngntok cemana punn, tak larat cemana punn, bila ada word SALE, terusssss jadi sihat ! Hahahahhaha. Kalau duduk rumah memang selamat duit. Jangan la keluar, ada je akal perempuan ni nak membeli. Konon nak beli satu barang, tapi terbeli 10 barang. Hahahaha. Lepas tu tgk dompet keluar habuk. Adoii. Aten sure semua perempuan pun pernah buat yang mcm Aten buat ni. Hahaha.

Dengan bershopping, stress akan dilepaskan ! Yeppp sangat betul. Ayuh lah kumpul duit dan menghabiskan duit :p hahahah

2 comments.. read them below or add one

eintan nurfuzie eintan nurfuzie 14 July, 2015
perempuan dan shopping mmg x dpt dipisahkan
Fendi Rocka Fendi Rocka 14 July, 2015

ada duit, stress dilepaskan.

takde duit, stress berleluasa