Gempak Raya Bersama Jakel 2015




" INGAT RAYA INGAT JAKEL "

Hi korang! Meh nak habaq satu cerita kt korang. Baik punya cerita hokayyy. Baca sampai habis! Kalau takkk, rugi baq ang! 

Semalam Aten dan rakan blogger lain telah dijemput untuk menyertai event GEMPAK RAYA BERSAMA JAKEL 2015 di JAKEL MALL, KUALA LUMPUR . 



First impression Aten bila datang sini : " Fuhhhh, ramai gila orang wehhhhh! " . Berdasarkan orang yang in charge event ni, seawal 6.30 pagi, dorang ni dah tunggu kt depan Jakel Mall ni walaupun tak bukak lagi ! Why oh why? Percaya atau tak, Jakel Mall telah memberi 500 baju raya percuma utk 500 orang yang terawal ! Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz, Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad, Koleksi Baju Raya Upin & Ipin diberi secara percuma ! Gila tak datang awal wehh. Sape lah nak bagi baju free kan kt kita. Hehehe.

Korang tau kan, Jakel Mall Kuala Lumpur ni baru beroperasi tahun ni. Program #GempakRayaBersamaJakel2015 diadakan bersempana pelancaran Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz, Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dan Koleksi Baju Raya Upin Ipin by Jakel. Sambutan luar biasa dari pengunjung. Ada yang sanggup dari Langkawi turun sini tau korangg. Betapa hebatnya penangan Jakel sempena Hari Raya yang kita akan sambut tak lama lagi ni. Hehehe.

Tahun ni Nabil Ahmad yang menjadi salah satu duta baju melayu. Kenapa? Bersesuaian dengan objektif Jakel yang ingin mensasarkan kumpulan pasaran bermula dari golongan muda dan penampilan up-to-date gituu.



Apa yang istimewa tahun ni Jakel buat? Haaaa, koleksi baju raya Upin Ipin by Jakel. Pandai Jakel tarik minat budak-budak kann. Hehehe. Siap ada butang baju melayu Upin Ipin tau. Sangat kreatif ! Yang menggayakan baju Upin Ipin ni ialah Mia Sara dan Rykal Iskandar. Comel sangat dorang pakai baju raya ni. Baju melayu Upin Ipin dijual dari umur bermula 0 tahun tau. So, baby yang 5 bulan punn dah boleh pakai. Hehehehe.



Pengunjung yang datang ke Jakel Mall ni mesti tertunggu-tunggu Happy Hour. Tau kenapa? Sebab penjunaman harga memang gila-gila punya menjunam lahh. Percaya tak, baju yang berharga RM300++ boleh turun menjunam hinggan Rm150 tau ! Siap dapat sampin dan butang baju raya. Haaa, rugi tau kalau korang tak datang. 



Pada tahun ini jugak, Jakel turut mengeluarkan Koleksi Baju Kurung Moden Rozita Che Wan. Rangkaian koleksi ini didatangi dengan lebih 10 rekaan yang eksklusif, moden dan elegan. So, confirm korang pakai cantik menarik tertarik kau memang debomb gituuuu. Harga pulak bermula dari RM329.00. Kalau datang masa happy hour, boleh turun sampai Rm125 tau ! Murah giler beb :D


Sempat make over Adam Solihin, anak Kak Ruby dengan koleksi baju raya Upin Ipin. Hensemnya awak sayang ! Jatuh chenta Aten tau. Hehehe


ROADSHOW #GEMPAKRAYAJAKEL2015

21 JUN 2015 (AHAD) ( JAKEL MALL JB)
Penampilan Artis : Upin Ipin, Mia Sara, Rykal Iskandar & Nabil Ahmad

27 JUN 2015 (SABTU) ( JAKEL MALL SHAH ALAM )
Penampilan Artis : Aaron Aziz, Upin Ipin, Rykal Iskandar, Mia Sara dan Nabil Ahmad

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari www.jakel.my

Jom terjah Jakel semua orang ! :D

Post a Comment

3 Comments

  1. Comel je sekecik tu pakai baju melayu

    ReplyDelete
  2. Anonymous23 June, 2015

    comey nye adik ni..kaler ni la yg sy nk utk tema thn ni..tp gigih ke sy nk meredah lautan manusia semata2 nk kan baju melayu upin ipin ni...huaaa....

    ReplyDelete