10 Tips Fesyen Sembunyikan Perut Buncit


1.      Pilih skirt jenis A-line kerana ia membantu untuk menyembunyikan masalah perut buncit. Ini kerana potongan skirt yang luas di bahagian bawah amat sesuai untuk menyembunyikan bahagian pinggang anda.

2.      Seluar ala Aladin atau seluar nelayan Thai dapat menyembunyikan perut anda yang berlipat kerana mata akan tertumpu pada rekaan seluar yang unik itu.

3.      Pakai tali pinggang yang besar dan luas di pinggang anda. Ikat tali pinggang 1 inci lebih tinggi daripada paras pinggang anda untuk menutup bahagian perut buncit.

4.      Pakai skirt jenis pleated atau skirt kipas menegak ke bawah untuk memberi visual pinggang anda kelihatan lebih langsing. Sebaiknya cari skirt yang bercorak untuk menutup kekurangan ada.

5.      Elakkan memasukkan baju ke dalam pinggang untuk memberikan kesan ilusi badan yang lebih langsing.

6.      Elakkan memakai jean jenis low-waist sebaliknya pilih jean atau seluar jenis high waist atau berpinggang tinggi. Ia boleh membuatkan anda tampak lebih langsing dan lampai. Jangan  lupa padankan bersama baju bercorak gelap.

7.      Pilih material pakaian yang tidak jarang kerana ia akan membuatkan perut anda nampak buncit. Sebaiknya pilih baju yang mempunyai material dari sutera atau yang berwarna terang.

8.      Elakkan memakai baju yang mempunyai corak horizontal atau melintang kerana ia akan menyebabkan perut anda kelihatan lebih buncit. Bagi menyembunyikan masalah perut buncit tersebut, sebaiknya pilih pakaian yang  ada rekaan wrap  top atau baju yang mempunyai tali atau ikatan di bahagian bawahnya.

9.      Penggunaan baju jenis leher bentuk V atau kurung moden yang mempunyai manik dan jemeki yang dijahit dalam bentuk V juga boleh mengurangkan tumpuan mata pada bahagian perut anda.

10.  Selain itu, anda juga boleh tonjolkan bahagian lain badan anda yang dirasakan menarik seperti lengan atau kaki anda. Yang penting, pastikan anda memilih pakaian yang bersesuaian dan menepati tuntutan syariah.

Sumber : dara.karangkraf.com

3 comments.. read them below or add one

dEdEQ dE wIshEs dEdEQ dE wIshEs 07 March, 2015
SHARING IS CARING . HEHE .

OPSS .. TP KALO NAK SEMBUNYIKAN PEROT MEMBOYOT PREGGY LAK ACANE .. EKEKE
explorasa explorasa 10 March, 2015
Ok. Akan buat seperti di atas untuk sembunyikan peroot sy ;)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN 13 March, 2015
OOo kantoi dah .. baru tahu si Fatin Bella ni ada perut buncit .. hehehe...

HASRULHASSAN.COM