Tips Menghadapi Musim Panas !


Naahhh, korang mesti rasa panas kan semenjak dua menjak ni walaupun dok dalam rumah. Aten ni yg allergic ngn aircond terus dah kawan baik ngn aircond. Setiap malam mst pasang. Kalau boleh sentiasa la nak pasang aircond tp nnt bil letrik naik melambung pulak. Kuikui.

Sooo, korang kena jaga kesihatan korang panas2 gini. Tak elok. Hewhew.

Baca bawah ni. Aten bagi tips untuk menghadapi musim panas/kemarau/kering. Saling mengingati. Nota utk diri sendiri jgk. Hee

1. BANYAKKAN MINUM AIR MINERAL / ISOTONIK


Okay ni sangat penting! tersangat penting! musim panas ke tak panas, wajib minum air bebanyak! lagi lagi air masak. Bila cuaca panas gini, air dalam badan cepat terhidrasi and cepat berpeluhh. So, cara utk dapatkan air balik dengan cara minum air mineral. 8 gelas sehari! Kalau lebih lagi bagus. Hihi. Minuman isotonik mcm 100plus pun boleh minum utk tambahkan tenaga dalam badan korang. Biasanya, kalau cuaca panas, mst cepat letih kann, cepat penat. So, cara terbaik minum air berisotonik! Baik utk tubuh badan. Tips paling simple korang boleh follow..

2. BAWAK PAYUNG, TOPI, SUNGLASSES


Haaa, penting jgk ni. Ingt cuaca hujan je boleh guna payung? Cuaca panas pun boleh taw uolsss. Bawak payung dalam beg koranggggggg. Jgn bawak payung gedabak tu, payung yg boleh lipat kecik2 tu pun boleh. Senang, tak berat punnn. Hehe. Kalau jalan nak g kedai ke ape, dah tak sempat2 nak tgu cuaca redup, guna lah payung ke, topi ke, sunglasses ke utk lindung daripada panas. Nnt takde lah sunburn kulit tu. Tp dalam shopping mall jgn la pakai sunglasses yg hitam tu pulak. Nnt ada mulut2 yg perli awak. Hihi.

3. ELAKKAN PENDEDAHAN BERTERUSAN DENGAN CAHAYA MATAHARI

Seperti yang kita semua tahu, sinaran UV daripada matahari tak elok utk kita. Pendedahan berterusan dan berpanjangan daripada sinaran matahari boleh menyebabkan kulit kita kering dan rosak, masalah kulit seperti kanser kulit. Seram kan? So, kalau ada yang nak riadah tu, tgu lah cuaca redup sket mcm kul 6 petang tu, cahaya pun takde dah, elok lah riadah. Takpun kemudahan gym ada. Siap aircond lagi. Nak lagi selamat, pkai sunblock! Senang cerita. Hehehe. 

4. SAY NO TO ASAP!


Cuaca dah panas kannn, pleaseeeeeeeeeeeeeeeee, tolonglaaaaaaa jangan tambahkan kepanasan bumi lagi ni! Hurm. pembakaran terbuka, smoking, pembakaran sampah. Kalau boleh, elakkan buat sementara waktuuu. Ni takk, time panas2 gini la nak bakar rumput lah, bakar sampah lah. Kalau senang kawal api ni takpe, ni takut terbakar ladang sebelah. Kan dah susahkan orang. bertambah lagi suhu bumi ni. Hurm.

Renung-renungkan dan selamat beramal. Marilah selamatkan kita dan bumi terchenta kita :D

0 comment... add one now