Berebut awek !





KOTA BHARU - 'Pose' manja seorang gadis 23 tahun di laman sosial Facebook menjadi rebutan hingga menyebabkan berlaku insiden tembakan di hadapan sebuah restoran di Jalan Kebun Sultan, di sini, awal pagi tadi.Gadis berasal dari Kota Bharu itu pada mulanya muat naik gambar-gambar manja di laman sosial berkenaan hingga menjadi kegilaan dua kumpulan terdiri daripadalima dan tujuh orang yang mahu memilikinya.Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, dua kumpulan itu kemudian mengadakan perbincangan di restoran tersebut sebelum gadis terbabit mengambil keputusan memilih untuk mengikut kumpulan yang terdiri daripada tujuh orang berkenaan."Berang dengan keadaan itu, seorang daripada anggotakumpulan lima orang terbabit melepaskan dua atau lebih das tembakan ke kereta jenis Alza yang dinaiki kumpulan tujuh orang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, sebentar tadi.Bagaimanapun tidak sampai lima jam selepas kejadian,kesemua mereka ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971. "Sepucuk pistol jenis Steyr Malnnlicher (made in Australia) berisi tiga peluru hidupdan dua kelongsong dirampas."Kesemua suspek berusia 20 hingga 27 tahun dan gadis terbabit akan direman di mahkamah pagi esok," katanya.


Apa dah jadi dengan dunia sekarang ni? Haishhh. Geleng kepala bila baca berita ni. Hurm.

5 comments.. read them below or add one

Anira Abdul Anira Abdul 10 February, 2015
Allahuakbar, mohon dijauhkan dari kita semua.
AMIIZAA AMIIZAA 10 February, 2015
astagfiruurllahhhh....:( mcm2 budak skrg......
akubiomed akubiomed 10 February, 2015
Sampai begitu sekali. Macam-macamlah.