Rotan Anak Bakal Jadi Kesalahan Jenayah?


Harini kecoh bila semua di dada akhbar yang menyatakan MEROTAN ANAK BAKAL JADI KESALAHAN JENAYAH.

Hmm. Relevankah?

Masing-masing ada pendapat masing-masing. Well bagi Aten tak relevan.

Setakat merotan untuk mendidik anak-anak takde masalahh. Sebab memang sejak zaman dulu lagi merotan anak merupakan budaya masyarakat kita. Even Nabi Muhammad pun ada menyuruh merotan anak jika tidak mahu solat. Merotan itu sangat perlu untuk MENDIDIK. Berdasarkan pengalaman, yg dirotan itulahh yang jadi orang bila besar sebab dia ingat apa yang dia pernah kena masa kecik-kecik dlu.

Kalau dah merotan sampai tahap mendera berbirat badan anak, mengganggu emosi anak-anakk yesss itu boleh dijadikan isu. Sanggup ke pukul anak sendiri teruk-teruk? Hmm

Mendidik pun ada caranya. Merotan bolehhh. Lepas tu nasihat slow-slow insyaAllah dorang akan ingat dan berubah. Ibu bapa pun kena lah cukup ilmu utk mendidik. Jangan ikutkan perasaan je. Kena banyak sabarrrr. Anak ni kalau kita tak ajar mereka, sape lagi.

Well, benda ni pros and cons. Terpulang kepada individu utk setuju atau tak pasal benda ni. Semua dah besar panjang dan otak untuk berfikir. Just sebelum nak buat pape tu, fikir dulu kesan baik atau buruknya.

Akhir kata, tepuk dada tanya iman.

Sekian.

2 comments.. read them below or add one

Nur Inani Nur Inani 26 January, 2015
setuju dengan aten. rasulullah pun ajarkan kita untk guna rotan. bila guna ilmu mantik inilah hasilnya. nanti budak budak akan jadi besar kepala
Therina Jopri Therina Jopri 26 January, 2015
Rotan takleh angkat tangan tinggi2.. ibarat sedang pegang buku dengan ketiak.. buku tu takleh jatuh semasa hayun tangan nak merotan