Bilik bertemakan Adventure di Legoland Malaysia !


Finallyyyyy, Aten sampai punn kt sini! Bukan Aten sorang je tau. Hihi. Aten gerak dengan geng #KelabBloggerBenAshaari. Yeahhh! 

Ktorang check in kul 4 sebab sebelum tu ktorg pusing dulu Theme Park kt sini. Wahhh gila tak teruja. Memang dah lama gilaaaaaaaa nak datang sini. Sekarang baru berkesempatan nak datang. Hhehehe. 

Memula Aten nak cerita betapa super duper awesome cantik gilosss bilik dia! Speechless bila Aten bukak pintu bilik yang Aten duduk ni. Oh ya, ktorang dapat bilik bertemakan Adventure. So, memang cantik lahhh! Ce teka gambar-gambar kt bawah ni.




Okayy, bilik ni ada 2 bahagian. Utk parents dan juga kanak-kanak. Sesuai sangat utk family yang datang nak bercuti kt sini. Full carpet tau. Carpet dia pun lembut. Nak baring kt carpet tu pun tak kisah. Hehehe


Sangat selesa utk lepak2 main dalam bilik ni. Hehehe. 

Jom terjah toilet bilik ni pulak.



Curlassss tandas sini. Ada style. Suka sesangattt bilik dia. Hehehe honeymoon kt sini pun okay jgk :D

Yang buat bilik ni menarik ialahhhh kita akan dapat satu kertas yang mengandungi 4 soalan. Jawapan kepada soalan tersebut merupakan pass kod utk bukak peti besi. Dalam peti besi tu pulak ada souvenir dari Legoland kepada semua customer dia. Kalau dapat bukak peti besi tuuu, korang akan dapat nii


Tadaaaaaaa. Keychain free! Yayyy dah jimat dah sikit nak beli keychain utk family or kengkawan yang lain. Hehehe

Nahhh sedikit info mengenai Adventure Room yang ktorg dapat :
  •  Bilik ini boleh menampung sehingga 5 orang (maksimum 3 Dewasa sebilik)
  •  Katil bersaiz King
  •  Definisi tinggi televisyen panel rata
  •  Ruang tidur kanak-kanak sendiri dengan katil dua tingkat, tarik keluar katil beroda dan unit hiburan (boleh memuatkan sehingga 3)
  •  Bata LEGO untuk membina dengan sepanjang penginapan anda
  •  Penyaman udara
  • Peti sejuk mini
  •  Pembuat kopi
  •  Vanity / stesen kerja
  •  Pengering rambut
  •  Kelengkapan tandas
Selain Adventure Room, ada jugak Kingdom Room dan Pirate Room. Hehehe.

Nak tau lebih lanjut mengenai hotel ni tak kisah lah harga ke apa boleh refer kt web ni:


Apepunnn, terima kasih Legoland Malaysia dan Faizal Fredley sebab bagi kami #KelabBloggerBenAshaari merasai peluang yang sangat bermakna ni. Thanks a lot! Nantikan entry Aten mengenai Theme Park dan Water Park Legoland pulak ye :D

{ 7 comments.. read them below or add one }

Nur Inani Nur Inani 14 January, 2015
cantik sangat bilik dia. kalau bawak bebudak ni konfem teruja gilaaa :D
KiD KiD 14 January, 2015
Memang lah cantik.. berpadanan dengan harganya.
Mohd Zarin Mohd Zarin 14 January, 2015
Mesti mahalkan bilik dia 1 malam
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN 15 January, 2015
Bilik memang cantik, kalau anak saya tengok ni ... uhh mengidam terliur la derang.
Lan Careno Lan Careno 15 January, 2015
Bestnyer dpt g legoland... nak byr sendiri ntah bile la kann... huhuhu
Norma NML Norma NML 15 January, 2015
memang cantik sgt berpatutan dgn harga..weekdays pun dah 500+++..