Berpeluang meneroka Sepang International Circuit !


SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT (SIC)


Aten pergi free tau! Hehehe. Tapi sebagai media lah. Tak mampu nak beli tiket dia. Mahal. Lepas duit makan seminggu. Time ni ada event #Sepang1000km . So, Aten and the geng grab peluang ni. Bukan senang wehh nak masuk sini. Ketat security dia. Nak masuk situ je kena check kt security 2 kali. 


Sampai je sana, terus ktorg diberikan briefing sikit oleh Sis Diah mengenai SIC dan dapat tshirt SIC satu! Yeahhh!



Ni bloggers yang join event ni. Aten yang paling semangat hokayy bila datang sini sbb Aten dah lama gilaaaa nak datang sini. Yelaaa, cita-cita Aten kan nak jadi racer. Hehehe. Masuk je tepi litar dah jumpa kereta sport. Perghhhh! Lagi la semangat nak race tu membuak-buak. Hewhew.


Lepas tu , ktorg naik van untuk pusing litar tu yg sejauh 5.5km. Tau tak perasaan gembira dapat pusing satu litar ni. Tak sabar nak race satu hari nnt kt sini nanti :D moga impian Aten satu ni tercapai. Hehehe


Haa, nmpk kan orang reramai kt belakang tu. Race Sepang 1000km dah nak start. Dorang nak prepare ape yang patut dulu. Kalau korang nak tau, cuaca kt SIC memang lebih panas berbanding tempat lain. So, kalau korang datang sini wajib bawak air mineral okay supaya tak dehydrated!


Kenal tak baju merah tu sape? Haaa, tu lah suami Erin Malik. Farriz namanya. Dia pun join race Sepang 1000KM nihh.



Gadis litar pun ada wehhh. Terasa kependekkan Aten disitu. Hahaha



Sempat jugak Aten berselfie dengan Tengku Djan Leu, Prince of Drift hokayyyy. Nak berguru lah dengan dia nanti >< hehehe kira kt dalam game tu dia paling femes lahh.



Okayy, ni kt rooftop! Bukan sembarangan orang tau boleh naik atas ni. Orang tertentu jee. Aten rasa sangat bertuah sebab dapat peluang ni. Memang semua nampak lah bila kt atas ni :D


Lunch kt rooftop nihhh! Memang thorbaekk lahh. Sambil makan sambil sembang sambil tengok kereta race. Tapi memang bising lah sebab bunyi enjin kereta. Tapi I likeeeee :D hihi



Okayy, ni bilik VIP semua lahh. Perdana Suite namanya. Perfect view! Serious best kalau dapat join duduk dalam Perdana Suite ni. Hihi. Dapat tengok sape yang sampai ke garisan penamat dulu. Siap ada tv yang bgtau kedudukan kereta sepanjang game tersebut.


Okayy, ni control room. Kt sini la semua camera yang dipasang akan ditengok. Ehhh betul ke ayat Aten ni. Banyak kan tv? Setiap barisan meja akan tgk satu barisan tv tu. Dari atas sampai bawah. Contoh perlawanan tu 10 jam, 10 jam la dorang tgk tv tu. Nak detect sape yg disqualify ke, yg accident ke apa. Haaa, gituu. Mata kena tajam okayy bila dah masuk bilik ni. 




Bilik penjaga masa pun ktorg masuk. Yg merah tu transponder tau. Transponder tu akan diletakkan kt semua kereta yang join race. Transponder tu nanti akan transfer data kereta tersebut kt mesin atas tu. Haaaa, nak tau tak berapa harga satu transponder tu? Almost 20k each tau! Mahal gila wehhhh. Terkejut Aten dengar dia cakap :3 Selain guna transponder, kiraan manual pun dorg kira tau. Contoh event Sepang 1000KM tu, hampir 200 pusingan utk habiskan 1000KM tu, So, ada sorang tu catat kereta apa yg first, yg second yg third manually okayy. Gila kau kena fokuss! Takley lari sikit pun fokus. Memang respek lah sape yg catat manually tu.



Ktorg pun berpeluang naik tower ni tauu. Seronokkk! Memang nampak semua litar tu lahhh :D



Ni media centre. Besar gila wehhh. Muat 400 lebih orang. locker tu pulak locker yg paling secure. takkan hilang punye barang kalau letak dalam ni. Kalau hilangkan kunci, mmg kena pecahkan pintu tu, Takde cara lain dahh :3


Masa on the way nak ke SIC Merchandise, ada pulak pameran amende tah. Nampak kereta ni. Cantik! Pintu ke atas. Tumpang amek gmbar kejap. Hihi


Haaa, ni la kedainya. Murah-murah uolsss!


Lepas tu, ktorg pergi muzium otomobil. Haaa, segala jenis kereta lelama ada wehh. Aten berkenan yg ni je. Hehehe

Haaaa, habis dah gambar. Sebenarnya banyak lagi gambar tapi nanti korang bosan pulak tengok panjang2 entry ni. Hee. Cukup la tu. Kul 3 baru keluar dari SIC. Fuhhh! Penat tapi best! Pengalaman yang takkan dilupakan :D Thanks to Diah dan Lina yang entertain ktorg dari mula sampai habis. Gonna miss this moment :D

Harap masa F1 race tahun depan dapat invitation dari SIC tgk race tu. Seriousssss teringin gila! Moga impian Aten yg ni pun tercapai jgk. Hehehe

Post a Comment

1 Comments