Jurnal Maya : Blog




Sejak diperkenalkan pada pertengahan 90-an, Blog mula menjadi kegilaan pencinta alam maya. Hobi untuk berkongsi cerita di alam maya mulai menjadi trend dan merevolusikan dunia blog hingga sekarang.

SEJARAH

Istilah 'blog' merupakan gabungan dua perkataan iaitu 'web' dan 'log' . Istilah ini pertama kali digunakan dan dipopularkan oleh Jom Barger, seorang dari blogger dari Amerika Syarikat. Blog mula berubah daripada penulisan dari kepada sesuatu yang lebih serius. Blog kemudiannya menjadi platform berkongsi cerita dan jurnal yang berbentuk lebih informatif seiring dengan perubahan zaman.

POPULARITI

Bermula tahun 1999 dan seterusnya, penggunaanya telah menjadi semakin meluas dan kemunculan 'blod host' yang mesra pengguna telah memudahkan lagi aktiviti blogging. Antara 'blog host' yang popular adalah seperti Open Diary, Live Journal, Pitas.com, WordPress, dan Blogger.com. Pada tahun 2000, kegunaan blog telah dipelbagaikan seperti untuk pengiklanan, reviu, pelancongan, dan sebagainya.

JENIS-JENIS BLOG

Terdapat pelbagai jenis blog yang berbeza bukan sahaja berdasarkan matlamat kegunaannya malah cara maklumat di dalam blog itu disampaikan atau ditulis.

'MIKROBLOGGING'
Mikroblogging adalah tindakan menerbitkan maklumat digital yang kecil seperti teks, gambar, video pendek atau mana-mana jenis media yang lain. Contoh mikroblogging termasuklah seperti aplikasi Twitter, Facebook, Tumblr, Instagram dan sebagainya.

'BLOG BERDASARKAN GENRE'
Sesetengah blog boleh mempunyai tujuan untuk kegunaan tertentu seperti politik, kesihatan, pelancongan dan sebagainya.

'BLOG MEDIA'
Blog yang menggunakan medium video yang dinamakan vlog.

Sumber : Internet.

Post a Comment

0 Comments