Payung tu penting!


Tu laaaaaaa. Lain kali kalau dah lupa nak bawak payung tu patah balik peg amek. 

Aku ni pesen kalau peg kelas wajib bawak payung. Wajib okayyy. Bukan setakat hujan je, kalau panas sgt pun aku bukak pkai payung taw. Hahahha. Payung tu yg jenis lipat jadi kecik tu so jimat space. 

Aku tahu petang td mesti hujan tapi kemalasan utk patah balik amek payung tu mmbuatkan aku terus ke campus tanpa rasa bersalahnya. 

Selalunya ada je payung tu dalam beg aku, tp disebabkan semalam pun hujan, aku keringkan dlu kt depan rumah ni tp tu lahh, terlupa nak simpan sesiap bila dah kering payung tu.

Peg ke kelas tanpa payung. Aku ke campus jalan kaki je. 5 minit je. So, mmg payung penting. Well, Aku dah agak ptg td akan hujan and betul tekaan aku. Memang hujannn. Haishh. berkampung kejap kt campus. Tetiba otak cakap peg KLCC sbb masa tu bas nak ke KLCC lalu. Aku pun peg la KLCC peg makan kejapp tunggu sampai hujan reda, bagi perut kenyang dlu then baru blk.

Ni balik terus update blog! Hhahaha. Blog ni kira boyfriend aku lah. Kena tgk hari2. Haha

Konklusinya, jgn memalas ye dear self! Nnt sendiri yg merana.

Sekian, utk pengajaran bersama-sama! :'D

Post a Comment

2 Comments

  1. ada couple pi dating bawak juga payung , tapi letak dalam bonet kereta...alasannya nanti biarlah kita basah bersama meredah hujan..hihii baru best :)

    ReplyDelete