Raisyyah Rania pilihan nama Islam Felixia Yeap

Photo: Just got to know I was in several newspapers today. 

This is my fave so far!
I loveeee this photo <3

PETALING JAYA: Model terkenal, Felixia Yeap secara rasminya telah memeluk Islam dihadapan 4 orang saksi setelah 7 bulan mengenakan hijab.

Beliau juga mengucapkan syukur kerana mendapat sokongan yang kuat daripada rakan-rakan yang menyentuh hati beliau untuk terus beristiqamah.
“Saya mengakui pernah tewas dan menangis atas semua pandangan negatif dan kekasaran yang dilontarkan oleh sesetengah pihak.

“Namun saya tetap tidak tinggalkan hijab dan meneruskan perjalanan saya untuk mendalami agama Islam,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau telah memaklumkan kepada media dan juga para peminat bahawa beliau memeluk Islam dan mengucapkan syahadah pada hari ini bersamaan 5 Ramadan.

“Saya juga tidak mengumumkan kepada sesiapa termasuk media tentang lokasi dan waktu upacara tersebut akan dilangsungkan.

“Saya merasakan bahawa lafaz syahadah adalah di antara saya dengan Yang Maha Esa. Ini privasi saya.” jelasnya di dalam laman Facebook dan blognya di felixiayeap.blogspot.com.

Katanya lagi, beliau akan mengucapkan dua kalimah syahadah di depan keluarga terdekat dan juga kenalan yang selalu menyokongnya untuk terus istiqamah.

“Ini merupakan hari kelahiran semula saya setelah 28 tahun mencari jalan pulang,” ujarnya.

Subhanallah, semoga Raisyyah Rania menjadi muslimah yang baikk. Selamat menjalani dan menikmati menjadi seorang muslimah. Pedulikan kata-kata negatif daripada orang ramai. Be strong and I know you can do it! :)
Raisyyah Rania pilihan nama Islam Felixia Yeap

0 comment... add one now