Berpuasa Sebab Nak Kurus?



Alhamdulillahhh, harini merupakan hari ke-5 kita berpuasa di bulan Ramadhan tahun ni and macam biasa setiap tahun, aku akan dengar sok sek sok sek orang kita cakap yg dia nak berpuasa untuk kurus. Biar betul? Hurm.

Puasa adalah menahan diri dari makan dan minum serta elak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan bermula dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Melatih diri dengn berpuasa sememangnya memberi sejuta kebaikan kepada manusia selain menurunkan berat badan.

Antara kebaikan berpuasa adalah dapat membantu kita terhindar dari pelbagai jenis penyakit. Kenapa aku ckp cmtu? Sbb banyak penyakit berpunca daripada tabiat pengambilan makanan harian kita. Jika kita berpuasa, sudah tentu perut anda boleh berehat dari menerima makanan yang tidak sihat seperti sebelum ni.

Berpuasa juga dapat mengelakkan diri kita dari melakukan maksiat kerana rasa lapar membantu melemahkan nafsu manusia. Bayangkan jika kita kenyang, syaitan akan dengan mudah masuk ke dalam hati kita dan mudahlah kita mengikut hawa nafsu.

Jika kita berpuasa dengan ikhlas, pintu godaan syaitan akan tertutup. So, kita lebih mudah merasa khusyuk di dalam solat. Maka, berlapar adalah cara terbaik untuk menjaga hati kita dari godaan nafsu dan syaitan.

Apabila berpuasa, secara automatik akan mengingatkan kita kepada orang-orang miskin yang sentiasa di dalam keadaan kelaparan di luar sana. Biar pun kita bukanlah berasal dari golongan mewah tetapi sekurang-kurangnya kita cukup makan. Secara tidak langsung, berpuasa mendidik kita untuk bersederhana dan tidak melupakan golongan susah.

Moga-moga Ramadhan kali ini membawa banyak rahmat dan berkat untuk kita semua. Selamat menyambut Ramadhan!

2 comments.. read them below or add one

Khalid Kyle Khalid Kyle 03 July, 2014
Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak (^___^)


Jard The Great Jard The Great 03 July, 2014
salam ramadhan.. moga kita semua perbetulkan niat. hehehe