Adab ke Rumah Terbuka


         Sebelum menyambut Syawal lagi kita sudah menerima jemputan rumah terbuka kawan-kawan dan juga tempat kerja. Terkadang, kita perlu penuhi tiga atau empat undangan sekaligus dalam sehari. Kekangan waktu tidak membataskan kita utk tidak memenuhi semua undangan kerana faktor hubungan rapat dengan tuan rumah. Sebelum bersiap utk pergi rumah terbuka, meh baca adab2 sebelum ke rumah terbuka.

NIAT SEBENAR

Apa niat kita datang rumah terbuka? utk beramah mesra atau utk mengeratkan silaturrahim? ke pergi rumah terbuka utk mecari pasangan hidup? tak pun menunjuk baju raya baru kt orang? haaaa. salah tuuu. betulkan niat tu balik. pastikan tujuan kita dtg rumah terbuka utk bermaaf-maafaan dan bukannya utk tujuan lain yg tak berfaedah.

JAGA AURAT

Sama ada single atau dah kawen, sebagai seorang khalifah Allah, jagalah batas aurat kita dengan mereka yg bukan mahram. Semestinya kita akan jumpa kawan lama dan berkumpul seramai yg mungkin utk kembalikan kemesraan jalinan persahabatan yg terputus. oleh itu, sarungkan busana raya yg sesuai. Jika niat kita betul, maka pakaian kita juga melambangkan tujuan sebenar,

AKHLAK DAN TATASUSILA

Sebagai muslimah, jaga adab pergaulan kita dengan kawan-kawan terutama kawan lelaki. jangan sesuka hati bertepuk tampar atau mencuit-cuit walaupun berlapik sbb perbuatan mengundangkan kepada maksiat. bataskan pergaulan dan tundukkan pandangan. setiap butir bicara perlukah dengan nada sopan dan bukan utk memikat hati lelaki yg bukan mahram anda.

JAGA SOLAT

terlalu banyak datang rumah terbuka hingga takde masa nak solat? alasan yg tak boleh diterima langsung! Sesibuk mana pun kita, tanggungjawab kita sebagai hamba Allah wajib kita lunaskan. berhenti lah kejap dekat masjid atau surau berdekatan. hanya 10 minit je utk tunaikan solat berbanding sejam yg kita peruntukkan utk berborak. Mudah kan?

TEPATI MASA

Memanglah undangan rumah terbuka biasanya seharian, tapi jangan pula kita dtg pada waktu maghrib atau tengah malam sewaktu tuan rumah nak rehat. Lebih afdal utk datang rumah terbuka ialah pada waktu siang hari. Bukankah panjang waktunya dan berpeluang utk berbual lebih lama dengan kawan-kawan yg dah lama tak jumpa. Hormati masa tuan rumah walaupun tuan rumah tu kawan baik kita sendiri.

Post a Comment

0 Comments