BERCOUPLE BANYAK 'MANFAATNYA'

EDISI KHAS 


haha , ble aku kemas bilik aku terjmpe pulak kertas pasal cpl2 nie . haha . tak salah aku dpt ketas nie mase form1 kot . haha . nie nak kongsi ngn korg ^^ hehe . oke jom bace bawah nie (:




'maaf andai terkasar bahasa...untuk pengajaran bersama..andai ada yang terasa maaflah....sekadar perkongsian bersama...saling mengingati...antara perkara yang ber'manfaat' daripda ber'couple' :


1. Seronok ( dapat fitnah )...


2. Seronok ( dapat dosa )...


3. Seronok ( dapat geng dengan syaitan)...


4. Dapat meluahkan segala masalah kita ( Allah kan ada)...


5. Banyak habis duit ( lebih baik guna untuk bersedekah )...tak kurang juga yang habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yang melambung setiap bulan


6. Banyak risau takut awek orang lain kebas...berapa kali miss solat pasal asyik berdating....tak risau pulak..


7. Banyak termenung dan senyum sendiri ( pasal ingat pewristiwa riang dengan awek...kita sebagai muslim patutnya banyak mengingati MATI yang boleh datang pada bila-bila masa )..lebih mengutamakan awek daripada orang lain.hidup dalam dunia sendiri, dia dan awek dia sahaja...yang lain dah tak kisah...


8. Menepati masa dan janji takut awek marah....sembahyang fardhu lewat tak takut pulak.


9. lain-lain lagi yang memberikan faedah dalam menambah saham DOSA daripada saham PAHALA .




Hasil daripada pengalaman / pemerhatian / kajian seorang hamba Allah terdapat beberapa sebab yang menjadi PENDORONG mengapa bercouple terjadi :


1. Banyak sekolah / pusat pengajian campur . perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal percampuran ini supaya tidak bercanggah dengan syarak...


2. perkara ini sudah menjadi kebiasaan maka didapati ada pendapat 9 tak tahu dalil mana dia guna 0 mengatakan tak apa bercouple asalkan tak melanggar batas2 syarak ( Nauzubillah 0...pada pendapat mereka , keluar dating di khalayak ramai , bukannye berduaan di tempat sunyi , tak pegang tangan , jalan pun tak rapa2 dan si awek tu pula pakai tudung...so , tak apalah dosa pun sikit saja . nanti dah kahwin settle dan taubat lah . Ana bab ini yang payah nak jawb..ada sja alasan dia orang untuk melepaskan diri. orang kata kalau dah nak buat tu memang macam2 helah.kita nasihat agaknya sini dia corner agaknya lain . banyakkan bersabar dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia akan sedar..


3. Sudah menjadi maluri manusia ingin dibelai dan kasih , maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan macam cas +ve dan -ve . hasil daripada pentarbiyahan Islam yang tidak kukuh dari keleuarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner...maka terjadinya perhubungan kawan kawan sebelum ada ikatan yang sah , dan ada sesetengah ibu bapa dengan selamba kata ' tak apa lah , dia orang dah besar...dan remaja dah pandai fikir mana yang baik dan mana buruk...biarlah' . Betul juga kata ibubapa tersebut . patutnya kita dah besar , tahu lah menilai yang baik dan buruk...tapi tanggungjawabkedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan...


4. bertambahnya perempuan yang tidak menutup aurat . kalau tutup aurat pun , aurat lain tak jaga seperti cara bergaul , bercakap dan sebagainya . ini membuka ruang pada lelaki untuk memulakan projek mereka . tak percaya cuba pergi lepak tujuan untuk mengambil iktibar kat KL...ada yang elok tutup aurat tapi bila time sembang...tu dia,ketawa kalah lelaki...lepastu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu . lelaki apa lagi..ada chance ni..


5. Ramai perempuan semakin berani...berani menghadapi cabaran untuk jadi setanding dengan lelaki maka mereka pun goda lah lelaki so dapat banyak boyfriend...macam Mat Cintan dan Mat Bunga yang banyak dapat awek..


6. Ramai lelaki  rasa bangga kalau dia ada awek , kalau tak ada awek maka macam ada satu kekosongan dalam jiwa...lebih2 lagi bila tengok member2 lain dia dah ada awek...




Faktor sekeliling mempengaruhi suasana...mungkin yang ke7 kot..ada yang pernah melontarkan persoalan...ayat mana dalam AlQuran..dalil dari surah mana yang mengHARAMkan couple?? betapa sombongnya manusia . bagi ana...surah Annurayat 30 dan 31 cukup menjawab...kebaikan hanya bagi mereka yang mahu berfikir...wallahualam...'Katakanlah kepada lelaki yang beriman , hedaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat' surah Annur ayat 30 . Katakan lah kepada wanita yang beriman ' Hendaklah mereka menahan pandanganmereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka...surah Annur ayat31 ..


p/s - kepada sahabat semua , tepuklah dada tanyalah IMAN dan BUKANNYA tanya SELERA . Salam motivasi ^^










mood - menghitung hari (:





Post a Comment

0 Comments