Salam Jumaat semua!
Di hari yang mulia ni Aten nak share post dengan korang tentang #Cabaran12JamSyria Bersama Inteam.
Korang tau tak pasal Pertubuhan Peduli Insan Malaysia? Ianya merupakan satu pertubuhan yang menghantar bantuan kemanusiaan di Syria.
Terbaru ni, ikon Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang juga merupakan kumpulan nasyid negara, Inteam telah bertolak ke Syria untuk menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk di Syria Siri yang ke 10. Inteam, yang diwakili oleh Hazamin, Rahim dan Syahril akan melancarkan kempen Cabaran 12 Jam Syria pada 18 Februari 2022 dimana mereka akan menetap di dalam sebuah khemah di kem pelarian yang terletak di wilayah utara Syria untuk merasai sendiri suasana di sana dengan keadaan cuaca yang sejuk dan tak menentu di sana.
Syahril, merangkap ketua kumpulan Inteam berkata, "Cabaran 12 Jam Syria adalah inisiatif bersama di antara Pertubuhan Peduli Insan Malaysia dan Inteam untuk berkongsi secare telus dan terus tentang realiti kehidupan sebagai seorang pelarian di Syria."
"Cabaran ini akan dilaksanakan bermula dari pukul 11 pagi sehingga 11 malam waktu tempatan melalui siaran secara langsung (Facebook LIVE) di akaun rasmi Facebook Inteam @officialinteam . Cabaran ini bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM1,000,000" tambah beliau lagi.
Sumbangan yang terkumpul semasa cabaran ini akan disalurkan terus dalam bentuk berupa bakul makanan, set hidangan panas, alat pemanas beserta bahan bakar, selimu dan set pakaian musim sejuk kepada 100,000 pelarian Syria.
Hazamin yang pernah mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk bersama Peduli Insan di Syria tahun lepas menzahirkan rasa kesyukuran kerana tahun ini anggota yang lain turut dapat bersama-sama menyertai misi kali ini.
Selain Inteam, beberapa selebriti tanah air seperti Dr Fitri Haris, Mawi, Hafiz Hamidun, Fedtri Yahya, Dato' Sri Mahadi, Bob Lokman, Ustaz Syamsul Debat dan ramai lagi akan turut menyertai Cabaran 12 Jam Syria sebagai tetamu istimewa secara atas talian. Ini adalah tanda solidariti serta sokongan terhadap krisis yang dihadapi oleh pelarian Syria yang telah berlarutan selama hampir 11 tahun.
Serentak dengan Cabaran 12 Jam Syria, kumpulan nasyid Inteam akan melancarkan single terbaru mereka yang berjudul Selimut Kasih. Lagu Selimut Kasih akan berada di platform-platform digital. Yang menariknya single kali ni, videonya dirakamkan di beberapa lokasi di Syria.
Link Facebook Live Inteam:
https://www.facebook.com/officialinteam/videos/1571230963251010/
Kepada semua readers Aten yang membaca artikel ni, jom sama-sama menyatakan sokongan kita terhadap pelarian-pelarian Syria dengan berkongsi maklumat mengenai kempen ini melalui sosial media dengan menggunakan hashtag #Cabaran12JamSyria #12HoursWithSyria.
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam bernombor 07043011061824 yang didaftarkan di bawah nama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia atau melalui laman web rasmi Peduli Insan www.peduliinsan.org
0 Comments