Pengalaman Swab Test di Megaklinik Zahran Bandar Baru Bangi

Betul la orang kata, virus COVID-19 dah semakin dekat dengan kita!

Berderau darah Aten bila owner taska Ammar & Afiq bgtau, salah seorang cikgu yang menjaga budak-budak ni disahkan positif COVID-19. Cikgu tu pulak yang menjaga Afiq yang baru berusia 7 bulan. Berdebar-debar rasa bila dapat tau. Lagi-lagi bila kes semakin meningkat sampai 20k dan tak nampak bila nak turun tu.

Terus google ye apa langkah yang kita buat bila menjadi kontak rapat dengan pesakit COVID-19. Semua website la Aten tengok. Tanya kat doktor yang Aten kenal. Serious tak lena tidur haritu punya nervous.

Keesokannya mintak kat bos time off kejap untuk buat swab test untuk Ammar dan Afiq. Bayangkan nak kena cucuk hidung dekat budak 3 tahun dengan 7 bulan. uwuwuw mesti sakit kan T.T

Aten dengan Feeq decide untuk pergi klinik As Salam Bangi sebab memang selalu buat checkup dengan cucuk imunisasi dekat dorang dari kecik. Kitorang pergi awal tapi yang buat swab test mula lambat. Tanya dekat group whatsapp taska kot kot ada yang dah buat swab test. Then kitorang decide untuk buat swab test drive thru di Megaklinik Zahran Bandar Baru Bangi sebab dah alang-alang ada kat bangi kan.


Senang sikit ada drive thru ni takpayah keluar masuk klinik kan dengan budak2 lagi. Nak masuk dalam kawasan klinik kena bayar parking. Guna touch n go je senang. Then beratur dalam kereta kat depan klinik. Staff klinik akan datang ke kita and bagi satu borang kecik untuk isi details orang yang di swab test. 

Sebab tau nanti akan berperang dalam kereta nak cucuk hidung si Ammar ni, macam-macam kitorang bawak. Susu dia, mainan dia sebab nak pujuk dia lepas kena cucuk tu. Aten yang pernah buat swab test pun sampai mengalir air mata, dorang yang kecik ni lagi la. Tapi dah jadi mak 2 anak ni, hati kena sado hukhuk.


Lepas cucuk tu, staff cakap kena tunggu dalam 2 jam untuk tahu result. Tapi result dorang ni dalam masa sejam je dah dapat dan Alhamdulillah dua-dua negatif COVID-19 walaupun ada kontak rapat dengan cikgu taska tu. Terus lega rasa hati. Total Aten spend untuk buat COVID-19 swab test dekat Megaklinik Zahran Bandar Baru Bangi ni RM130. RM65 each. Murah sikit berbanding harga untuk dewasa. Bayar mahal sikit takpe yang penting semuanya ok.


Petang tu Feeq beli swab kit ujian kendiri COVID-19 untuk kitorang. Alhamdulillah Aten dengan Feeq pun negatif COVID-19. Syukur sangat-sangat. 

Akhir kata, kita jaga kita ok? Kalau takde keperluan, jangan keluar tau. Tunggu reda virus ni baru keluar. Kalau terpaksa keluar, hand sanitizer jangan lupa bawak sekali. Semoga Allah melindungi diri kita semua. Amiinnnnnn




Post a Comment

1 Comments

  1. Walaupun sedih tengok anak kena swab test, demi keselamatan seisi keluarga kita kena lakukannya. well done mummy!

    ReplyDelete