Gift Card Scam - Hampir Kena Scam!

This is my first time! HAMPIR KENA SCAM! Sumpah legit gila scam ni sampai Aten kena cerita kat korang so that korang tak terkena macam Aten.

Wehhhh macam tak percaya je. Buat pertama kali dalam hidup Aten, ada cubaan scammer nak scam Aten. Trust me, Aten hampir nak menjadi mangsa scam. Gila betul! Kenapa Aten cakap hampir kena scam? Sebab yang scam tu dia guna account dari orang kita percaya iaitu bos Aten sendiri. Wehhh bila teringat balik seriau betul rasa.

Cerita ni berlaku pagi tadi. Lepas hantar budak2 pergi taska, Aten dapat email dari bos Aten katanya ada urgent task nak kena buat. Pukul 8.15 pagi. Dalam email tu dia cakap dia nak mintak tolong untuk belikan Gift Cards.


Ni contoh gift card tu. Mula-mula dia suruh belikan gift card untuk Itunes. Then tiba-tiba dia tukar kata nak google play gift card. Dalam hati aku macam dah pelik, tapi serious legit gila email tu. Memang Aten guna email tu untuk berkomunikasi dengan bos Aten. So, bila dia request nak mintak tolong tu rasa macam serba salah pulak tak tolong kan.

Aten masuk 7 eleven ambik 1 dulu sebab dia nak yang RM200 punya. Bila pergi kaunter, staff situ cakap tak boleh guna kad. Kena guna cash. Aten pun gigih lah pergi bank keluarkan duit nak belikan gift card ni. Aten first time tau pasal gift card ni. Aten tanya macam-macam soalan sebab tak pernah beli. Kalau Aten beli, macam mana nak bagi kan. Rupanya lepas beli, kita kena gores kad tu. Lepastu bagi kod tu. Tak perlu bagi by hand.

Alhamdulillah Allah nak tolong Aten. Elok sampai depan 7 eleven lepas keluarkan duit, Aten dapat text dari bos dekat group Slack;
Good morning everyone. There seems to be an email being sent supposedly from my email address and pretending to be me. The email is requesting to purchase some gift cards. Please note that this is not from me and it’s a “phishing” scam. Please ignore this email and do not respond. If you receive any emails that are suspicious in the future, please don’t respond and instead call your colleague to check. Thanks

Nasib baikkkkkkkkkkkk Aten tak sempat nak beli lagi. Terus Aten report email tu. Kalau tak, melayang RM200 Aten. Bagi orang lain mungkin sikit RM200 tu sikit tapi bagi Aten tu RM200 macam-macam boleh beli. Wuwuwuwuuw. Ok done cerita dekat korang cerita sedih Aten harini. Terima kasih sudi baca!

Ada yang pernah kena scam tak? Ataupun hampir2 kena scam? Komen la kat post ni pengalaman korang kena scam atau hampir kena scam so that orang lain tak terkena jugak. 

Post a Comment

0 Comments