Boleh Rentas Negeri Apabila Kadar Vaksinasi Negara Capai 90% Populasi Dewasa



Berita yang paling ditunggu-tunggu oleh semua! termasuk la Aten dan Feeq. Hehehe

Setelah hampir 2 tahun COVID-19, kita kena bersedia untuk 'hidup' bersama virus corona ni. Sangat mustahil untuk virus ni totally hilang dari Bumi ni kecuali dengan keajaiban Allah untuk mengangkat virus ni.

Setakat pagi ni Aten tengok, kita dah capai 81% populasi dewasa yang sudah lengkap vaksin. Moga ada berita balik dalam seminggu 2 ni. Hehehe. Kalau mengikutkan trend kes harian juga menunjukkan penurunan kes. Alhamdulillah.

Justeru itu, kita sebagai rakyat perlu memainkan peranan penting. Kita kena jaga kita. Patuhi segala SOP yang disyorkan oleh kerajaan. Mudah-mudahahan kes akan lagi menurun dan kita boleh jalani kehidupan kita seperti biasa.

Semoga ada sinar harapan untuk rentas negeri. Boleh anak-anak dari rantau pulang ke kampung untuk menziarahi ibu bapa mereka yang sudah lama tak jumpa termasuk lah suami Aten. Parents dia dekat Johor sudah hampir setahun. Last balik Johor pun masa raya haji tahun lepas. Cucu baru pun tak pernah jumpa lagi. Hukhuk.

Sekian, bebelan Aten di pagi Jumaat yang indah ni. Assalamualaikum!

Post a Comment

0 Comments