Pemergian Siti Sarah Raissuddin Buka Mata Semua Orang

Assalamualaikum semua.

Pertama kali, mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Siti Sarah Raissuddin yang telah pergi meninggalkan kita semua disebabkan COVID-19.

Aten buat post ni sekadar untuk meluahkan perasaan Aten dan nak berkongsi dengan korang semua memandangkan kita semua tak boleh keluar rumah. 

Pemergian penyanyi popular Siti Sarah ahad lepas mengejutkan semua orang termasuklah Aten. Beliau dijangkiti virus COVID-19 ketika tengah sarat mengandung anaknya yang ditunggu selama 6 tahun. Kesian bayi yang dilahirkan tak dapat jumpa ibunya T.T

Ada kawan Aten tanya, apa pendapat you kalau yang nak hamil ketika musim pandemik tengah mengganas?

BIG NO! Tak kisah lah ada yang cakap boleh je nak hamil. Kan boleh check up dengan klinik swasta, bersalin dengan hospital swasta sebab tak ramai orang, follow SOP ketat yada yada.

How sure you are klinik dan hospital swasta selamat? Dengan kes yang dah cecah 20, 000 ribu kes sehari, korang kena assume virus COVID-19 is EVERYWHERE! 

Ok meh sini Aten cerita pengalaman Aten mengandung semasa COVID-19. Check up baby bulanan suami tak boleh teman masuk dalam klinik kesihatan dan hospital. Certain hospital mungkin boleh tapi Aten check up dekat HUKM suami tak boleh teman. Dalam labor room suami tak boleh teman (certain hospital swasta mungkin boleh) . Bayangkan kita tengah sakit contraction, takde siapa kita boleh rely on. Fizikal dan mental ibu mengandung kena kuat! Sekuat kuatnya! Ibu mengandung dan mengidam nak makan sesuatu tak dapat dipisahkan. Ada 1 haritu, Aten mengidam nak minum air milo mamak pukul 10 malam tapi kedai makan tutup pukul 8. Sedih gilaaa tapi diri kita sendiri kena faham situasi tidak mengizinkan. And then lepas bersalin, baby kalau kena kuning nak kena ulang alik klinik lagi hospital lagi. Sangat terdedah dengan virus COVID-19. Bahaya for both baby and mommy.

Aten sangat terkesan dengan pemergian Siti Sarah sebab Aten juga seorang ibu. Perlu jaga amanah Allah bagi kat kita. Zuriat yang Allah kurniakan. Bayangkan kalau kita sakit, tak dapat jumpa anak. Allahu sedih yer. Teringat momen Aten nak bersalin anak kedua, anak pertama Aten, Ammar kena tinggal dengan wan dan mamatok dia, fikir dia makan apa, tidur ok ke tak. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Aten, tak sampai sehari dekat hospital dah boleh balik.

Lepastu banyak pulak kes ibu mengandung yang positive COVID-19. Badan ibu mengandung ni sangat fragile. Mudah terkena penyakit kalau tak jaga. Emosi pun tak stabil. Senang menangis. Lagi-lagi tak dapat yang kita nak. Betul tak? Ibu mengandung kena duduk rumah je. Nak elakkan diri dari segala virus berbahaya. Masa Aten pregnant, mama Aten marah betul bila Aten keluar. Tapi tu lah. Duduk rumah lama-lama pun tak bagus jugak. Nak tengok juga pokok-pokok kat luar cuci mata dapat tengok kereta kat atas jalanraya pun ok dah. Kan?

Lepas media buat liputan tentang Siti Sarah, ramai dah ibu-ibu mengandung dan orang lain terbuka untuk menerima vaksin. Ingat tau, vaksin bukan menyembuhkan virus ni tapi mengurangkan risiko virus COVID-19. Dah banyak gilaaa bukti walaupun dijangkiti COVID-19 side effect dia tak seteruk mereka yang belum divaksin.

Pesanan Aten untuk semua :
Hospital pun dah sesak dengan pesakit COVID-19, belum kira tong oksigen tak cukup lagi nak bagi dekat pesakit. Pesakit takde katil kena baring dekat lantai. Nak pergi hospital swasta mahal. Jom kita mainkan peranan kita. Lengkapkan vaksin kita. Kita kena capai imuniti kelompok secepatnya. Keluar bila perlu sahaja. Kurangkan persentuhan dengan orang ataupun benda-benda yang tak perlu terutama bila kita keluar beli barang keperluan rumah. Double mask, pakai face shield. Pastikan hand sanitizer sentiasa dengan kita. Lepas dah balik dari beli groceries, jangan terus pegang anak-anak, mandi dulu basuh baju yang kita pakai tu. Ingat tau, mencegah lebih baik daripada merawat. 

Maaf andai ada yang tak setuju dengan post ni. Ni sekadar pendapat 2 sen Aten. Semoga kita semua dilindungi dari virus berbahaya ni. Amiinnnn

Post a Comment

1 Comments

  1. Betul Aten, tu belum lagi selepas bersalin kalau anak kena kuning, dah nak ke hulur hilir ke klinik or spital, dah tak memasal terdedah pulak dengan keadaan luar... adeiii.. banyak faktor nak fikir ni time gini nak preggy huhuhu.. bukan tak terima rezeki Allah, kalau boleh BUKAN buat masa ni...

    ReplyDelete