Aplikasi Mindful Muslim - Terapi Ketenangan Diri & Minda

Apa first impression korang bila nampak gambar ni?

First time Aten nampak gambar ni, 'Subhanallah cantiknya! Ada ke tempat cantik dan tenang macam ni kat dunia ni? Sebab Aten nak pergi!' Aten rasa macam ada dalam gambar ni tengah duduk kat bridge tu sambil menikmati keindahan alam and then segala kerisauan yang Aten yang selalu fikir akan hilang kejap.

Pandemik COVID-19 ni membuatkan Aten dan Feeq terjejas dan terkesan. Sejak tau ada wabak ni, bisnes Feeq langsung tak boleh beroperasi seperti biasa. Lepastu dapat tahu pulak Aten pregnant anak kedua. Siapa yang tak risau. Macam mana nak dapat income kalau bisnes tak boleh buka and Aten pulak tak bekerja. Sampai Aten nanges la bila jadi macam ni fikir macam mana nak bersalin nanti persiapan nak sambut baby lagi. Tapi Feeq dan family sentiasa menyokong Aten. Alhamdulillah!

Aten pasti bukan Aten sorang je yang terkesan dengan pandemik ni. Ramai lagi yang dekat luar sana yang dibuang kerja, gaji ditolak, tak mampu nak bayar sewa sampai ada yang bunuh diri sebab tak mampu hidup dalam kesempitan dan tak mahu menyusahkan orang lain.

Mempunyai masalah kesihatan mental tidak membuatkan kita menjadi seorang muslim yang teruk. Lagi-lagi di Malaysia, masalah kesihatan mental tidak dipandang serius dan sering diabaikan. Ianya memyebabkan isu ni semakin bertambah disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda di negara ni.

Jadi, apa yang korang bila korang berdepan dengan situasi macam ni? Depresi, kegelisahan memikirkan kehidupan harian kita sepanjang COVID-19 ada dengan kita?


Post ni Aten akan share dengan korang satu aplikasi yang diberi nama Mindful Muslim. Mindful Muslim adalah aplikasi pertama di dunia yang dibangunkan untuk membantu 1.8 B Muslim meningkatkan kesejahteraan emosi dan mental mereka melalui ceramah berpandukan kisah Islam di dalamnya.


Thanks to Mohamad Akhtaar bin Abdul Ghani yang berjaya menjayakan aplikasi ini. Aplikasi Mindful Muslim dibina untuk memberi inspirasi kepada kesihatan mental dalam kalangan umat Islam. Selain itu, aplikasi ini diadakan bertujuan untuk menyokong muslim menghadapi tekanan, kegelisahan dan kemurungan terutama di zaman pandemik COVID-19 ini.

Semasa sesi temubual bersama Akhtaar bin Abdul Ghani haritu, beliau berkata permulaan untuk membangunkan aplikasi adalah cabaran terbesar, tetapi dengan adanya dana dan pasukan yang tepat, aplikasi ini berjaya dibangunkan dengan ciri-ciri yang memberi manfaat kepada penggunanya. 


Alumni AUT, Mohd Akhtaar telah mencipta Mindful Muslim, aplikasi kesedaran Islam pertama di dunia dan idea perniagaan beliau ini telah memenangi Supreme Prize dalam program keusahawanan AUT, X Challenge.
 

Aplikasi Mindful Muslim sangat mudah digunakan. Tak perlu dah kita google kalau kita nak carik bacaan yang boleh menenangkan kita. Cukup dengan adanya aplikasi Mindful Muslim, kita boleh mencarik ketenangan diri dan minda dengan mendengar bacaan yang disediakan di dalam aplikasi ini.


Aplikasi ni jugak mempunyai keupayaan untuk membina playlist yang merangkumi quran, bacaan ruqyah dari qari yang berbeza, nature sound dan kisah indah dari quran dan sunnah mengikut pilihan yang kita nak.
Salah satu feature menarik dalam Mindful Muslim yang membuatkan Aten rasa brilliant gilaaaa is sleep diary. While we listening the surah sebelum tidur, kita mesti akan throwback aktiviti harian kita kan and maybe kita nak tulis something but its dark dalam bilik, alat tulis, buku pun jauh. So, kita boleh guna sleep diary ni untuk express diri kita.


Mindful Muslim apps ni pun sangat membantu Aten untuk tidurkan Ammar dan Afiq. Kejap je dorang tidur bila dengar surah-surah yang ada dalam ni. Aten pun dapat buat kerja Aten bila dorang tidur. 

Sepanjang 1 tahun aplikasi ini dibangunkan, Mindful Muslim sudah mempunyai 8 penulis dan 9 artis voiceover. Penulis ingin menjadi penulis untuk Mindful Muslim boleh menghubungi beliau secara langsung melalui LinkedIn . Sekiranya ada sesiapa yang menyukai aplikasi ini dan ingin mengambil bahagian dalam temu bual 1 to 1, korang boleh menghubungi Mohd Akhtaar melalui Linkedin dan Mindful Muslim akan memberikan baucar Amazon $ 30 kepada korang.

Korang boleh download aplikasi Mindful Muslim both di App Store dan Play Store dan menikmati terapi ketenangan diri dan minda dimana jua korang berada pada bila-bila masa.

Post a Comment

6 Comments

  1. Tak tersangka, jiwa jadi tenang, walaupun just dengar background sound tu kan. Tu la. Lama sangat MCO, dengar rintik hujan dan air terjun pun boleh menenangkan jiwa kacau.

    ReplyDelete
  2. 'Jika nak rasa tenang, lihat pada ciptaan Illahi.' Bagus app macam ni. Terapi minda dan rohani. Memang kita kena take a break untuk tenangkan diri.

    ReplyDelete
  3. bagus juga apps ni boleh juga dijadikan terapi dikala stress. nanti nak try donwload :)

    ReplyDelete
  4. Tepat pada masanya apps ni di lancarkan, dari tahun lepas ramai yang dpress kann, Sis pun dah donlod dan sebelum tidur memang akan buka, jadi terapi buat diri sendiri..

    ReplyDelete
  5. thanks sharing tentang apps ni. bagus sangat dan ia patut di download oleh semua, boleh terapi diri di saat musim pandemik yang penuh dengan tekanan

    ReplyDelete
  6. Macam boleh cuba je ni. To be honest duduk rumah sejak pkp ni memang main emosi betul.

    ReplyDelete