5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Hospital Pantai Kuala Lumpur!

 

Hi semua!

Jom baca Aten share 5 perkara yang korang perlu tahu mengenai Hospital Pantai Kuala Lumpur kat bawah ni 😀

1. PENGALAMAN MELUAS DALAM BIDANG PERUBATAN

Hospital Pantai Kuala Lumpur merupakan salah sebuah hospital tertua di Malaysia. Lebih menarik lagi, sebenarnya hospital ini dilahirkan pada hari yang sama dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu pada 1 Februari 1974. Tidak hairanlah, Hospital Pantai Kuala lumpur menjadi mercu tanda di Kuala Lumpur sebagai kemegahan dalam penjagaan kesihatan di Malaysia. 



2. PELOPOR DALAM INDUSTRI


Hospital Pantai Kuala Lumpur merupakan hospital swasta pertama yang menubuhkan jabatan  rawatan kanser yang kini dikenali sebagai Cancer Centre @PHKL. Hospital Pantai Kuala Lumpur juga merupakan hospital swasta pertama yang menerima akreditasi Hospital Mesra Bayi (Baby-Friendly Hospital) oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).  



3. PERKHIDMATAN BERTARAF DUNIA DENGAN PENDEKATAN MESRA

Hospital Pantai Kuala Lumpur mempunyai 10 Pusat Keunggulan – Kanser, Jantung, Rawatan Penjagaan Payudara, Sendi dan Tulang, Paru-paru, Tangan dan Anggota Atas Badan, Wanita dan Kanak-kanak, Pencernaan, Alergi dan Sistem Imunisasi, dan Diagnostik dan Terapi Nuklear.



4. PERKHIDMATAN KECEMASAN 24 JAM


Jabatan Kemalangan & Kecemasan di Hospital Pantai Kuala Lumpur beroperasi 24 jam dan mampu menangani semua kes trauma tahap 1 dari serangan jantung hingga ke strok. Jangan lupa untuk menyimpan nombor ini di dalam senarai nombor dailan pantas anda – 03- 2296 0999!



5. PUSAT PESAKIT ANTARABANGSA

Hospital Pantai Kuala Lumpur juga mempunyai reputasi yang terkemuka di Asia Tenggara sebagai salah satu penyedia perkhidmatan kesihatan terulung dengan kepakaran dalam evakuasi perubatan untuk kes trauma, kanser, ortopedik, dan kardiologi. Sekiranya anda mempunyai rakan yang tinggal di luar Malaysia, mereka boleh datang ke Hospital Pantai Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi. PHKL merupakan kebanggaan dalam perkhidmatan kesihatan Malaysia.


Jangan lupa ikuti Hospital Pantai Kuala Lumpur menerusi Media Sosial :

Facebook | Website | Instagram


Telefon: +603-2296 0888 / Whatsapp: +6016-313 0888

Emel: my.phkl@parkwaypantai.com

Post a Comment

0 Comments