Cantiknya Koleksi Hijab Summer Raya Shera Lee!

Hey guyss!
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni korang buat apa? Aten semestinya melawati beribuuuu laman web untuk window shopping. Yelaa, dah tak boleh pergi shopping mall kann. Macam ni je la cara untuk mengubat hati yang lara tak dapat keluar rumah. Memandangkan PKP ni pun macam kena extend je lagi, Aten decide untuk beli persiapan puasa dan raya online je.

Dalam banyak-banyak laman web yang Aten tengok, Aten tertarik dengan laman web Shera Lee. Koleksi baru raya dorang : Summer Raya 2020 Shera Lee. Website Shera Lee sangat straight to the point dan user friendly. Senang nak tengok dan cuci mata by collection yang dorang ada.

Koleksi Summer Raya baru Shera Lee ni bagi Aten sangat unik dan lain dari lain. Kira macam ada aura dorang sendiri lah. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin tampil berani dan elegan macam Aten dan sesuai untuk semua peringkat umur. Koleksi kali ini menampilkan 4 variasi yang boleh dipilih dengan 13 rona warna yang menarik. Kombinasi warna pun just nice complement to each other.
Bila dapat parcel dari Shera Lee, tengok packaging dorang ni rasa macam dapat hadiah pulak. Hehehe. Pandai team Shera Lee ambik hati Aten. Tudung-tudung ni pun dorang wrap elok-elok guna bubble wrap so takde kemik2. Tengok la kotak tu cantik kannn. Ada 3 tudung dengan 2 anak tudung.
Fallen Sakura in Winter Teal
Nampak takkk hint baju raya Aten warna apa tahun ni? Hahahha
Warna teal ni biru kehijauan warna dia. Aten pulak memang suka dengan bunga sakura. Nak pergi negara yang ada bunga sakura tak sempat lagi. Pakai tudung yang ada bunga sakura pun jadi lah. Hahahah. Material tudung koleksi Summer Raya ni Satin Matte. Kain dia nampak macam licin tapi tak licin sangat. Sebab matte kan. And suprisingly, senang gila nak pakai dan bentukkan tudung ni. Sesuai sangat dengan bentuk muka Aten yang bulat ni. Hahahah. Yang penting, tudung ni ringan gilerr rasa macam tak pakai tudung and bidang besar. So, boleh gayakan macam-macam style dan menutup dada. 
Satin Matte in Fossil Grey
Satin Matte in Walnut
Ni pulak Shera Lee Basics Shawl. Sangat lembut material dia. Senang gila nak bentuk. Kalau ada sesiapa yang tak suka shawl yang corak-corak, korang boleh dapatkan yang basic punya. Warna dia cantik-cantik dan nampak elegan bila pakai. Sesuai sangat pakai untuk pergi event ataupun bekerja di ofis. Yang penting tak nipis, ringan dan tak panas pun bila pakai shawl ni.
Viscose in Army Green and Dusty Periwinkle
My first impression bila pakai anak tudung ni...wehhh lembut gilaaaaa material snowcaps ni! Macam tak pakai anak tudung. Ringan gila! Memang sangat selesa. Aten pakai pin kat belakang anak tudung ni sebab Aten lagi selesa anak tudung tu ketat. Lain orang lain cara pakai kan. Hehehe. 
DISKAUN CODE : SUMMER2020
Kempen Summer Raya ni telah dilancarkan pada 20 March 2020 dan di atas sambutan yang sangat menggalakkan, pihak Shera Lee melanjutkan tempoh untuk tebus KOD DISKAUN yang akan tamat pada pertengahan April. Korang akan dapat jimat sehingga RM38 bila korang beli 2 helai tudung dengan harga RM160 dan penghantaran adalah percuma (Semenanjung Malaysia saja) 

Untuk maklumat lanjut mengenai Summer Raya 2020 Shera Lee, korang boleh tengok media sosial dorang okay kat bawah ni :
Address GP3.03, 3rd Floor Treehouse Tamarind Square, 63000 Cyberjaya, Selangor 

Post a Comment

16 Comments

  1. Cantik tudung koleksi summer untuk raya tahun ni. Harga pun murah. Harap PKP cepat berakhir supaya kita dapat raya thn ni

    ReplyDelete
  2. Berkenan sungguh dengan shawl bunga tu laaa, sekarang memang tengah kemaruk pakai shawl berbunga, dah jemu dengan plain..Nampak Aten pakai selesa jee, nak gak le beli selai dua...

    ReplyDelete
  3. Cntik sangat tuding dia.. Besar pun ye.. Tertarik warna teal biru hijau tu.. Cntik. Boleh la tengok nanti. Nak raya kan. .walaupun tak keluar tapi nak cantik2 dekat rumah.. Snowcaps tu best tau.. Nad ada tapi bukan beli dekt sinila..

    ReplyDelete
  4. Nampak shawl yang first tu sis suka sangat. Kena dengan taste sis. Lembut dan nampak sangat feminin. Nampak jahitan tepi Shera Lee kemas sangat.

    ReplyDelete
  5. mommy pun tengah mencari snowcap yang kena citarasa. taknak terlalu keras dan terlalu lembut. Mungkin mommy boleh try koleksi dari shera lee ni

    ReplyDelete
  6. Koleksi yang byk piliham. Ada corak & ada yg plain. Pilih je nak design mana. Warna pun menarik

    ReplyDelete
  7. Cantiknyaaa tudung dia... Yg gambar 1st tu lagi dah menusuk kalbu dah! :) MEmang patut kita beli tudung baru kan! Sebab taknak la pakai tudung sama je (even buat review kat rumah je ;)

    ReplyDelete
  8. summer collection ni memang cantik lah. lembut je color dan designnya

    ReplyDelete
  9. cantik koleksi tudung yg dikeluarkan. kalau lah saya ni wanita, mesti saya dah borong habis dh ni

    ReplyDelete
  10. akak suka la tudung corak kat aten tu. Hijo memang my faveret! Nanti nak pi beli. hahahaha. beli aje keje akak. hahaha

    ReplyDelete
  11. Cantiknya warna winter teal dia. Tengok dari pemakaian pon macam lebar dan labuh shawl shera Lee ni. Boleh try beli satu macam ni :)

    ReplyDelete
  12. Suka shawl Fallen Sakura in Winter Teal yang Aten pakai tu. Cantik sangat design shawlnya. Shawl Shera Lee ni mesti bolehbdigayakan dengan pelbagai cara kan sebab tengok shawlnya panjang dan lebar je.

    ReplyDelete
  13. haa cantik2 la, banyak juga koleksi dia ya. nanti saya cuba ya

    ReplyDelete
  14. the collection is so pretty. suke tgk design dye but i'm not good at wearing shawls.

    ReplyDelete
  15. Cantik tudung Shera Lee, the material pun nampak berkualiti. I paling suka yang you pakai the first one.

    ReplyDelete
  16. As for me, hijab, which is on the first picture, is the most beautiful. I love the combination of colors. Also, flowers are good addition.

    ReplyDelete