Safi Shower - Rangkaian Produk Terbaru Safi


Selain kekalutan dan tekanan bekerja, jangan biarkan kulit kita terdedah dengan kotoran dan habuk akibat pencemaran! Keadaan cuaca yang tidak menentu, udara yang kering akibat penghawa dingin, kualiti tidur yang merosot serta tabiat pemakanan yang tidak sihat sering menjadi foktor kulit rosak bagi kebanyakan individu di Malaysia.


Bagaimana kita memanjakan diri adalah cerminan terhadap cara kita memberi layanan terhadap orang sekeliling- keluarga, ibu bapa, mahupun rakan sekerja. Semakin tinggi kasih sayang kita terhadap diri, semakin tinggilah juga kasih yang di sebarkan sepanjang hari. Segalanya bermula dari dalam diri.

SAFI- rangkaian produk Halal yang sekian lama bertapak di pasaran selama 30 tahun merupakan jenama kecantikan dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia kini memperkenalkan SAFI SHOWER. Seiring dengan namanya, rangkaian ini amat sesuai untuk seisi keluarga! Setiap bilasan pada kulit amat berkesan dalam menyingkirkan kuman serta memberikan perlindungan harian kepada seluruh keluarga.

Umpama menikmati ketenangan biasan jingga saat terbenamnya matahari di ufuk barat, rangkaian SAFI SHOWER merupakan inspirasi dari keharuman aroma minuman mocktail yang segar dan menenangkan akibat cuaca panas yang mencengkam kulit, digabung dengan manfaat alam semulajadi yang dilengkapi dengan perlindungan antibakteria.

Masa mandi seringkali dianggap sebagai rutin biasa dan bukannya saat untuk membelai dan memanjakan diri dari tekanan seharian. Dengan rangkaian SAFI SHOWER, saat mandi anda kini lebih bermakna! Selangkah ke dalam bilik mandi bagaikan mencecah kaki ke pasir pantai sambil ditemani hembusan angin yang mententeramkan. Setiap buih yang terhasil membawa bersama haruman yang menenang serta menyegarkan, sambil membelai kulit agar lembut, licin dan lembap.


Selain itu, bentuk pam yang ekonomik memberikan anda kawalan menyeluruh ketika menggunakan gel mandian, justeru mengurangkan pembaziran. Sejumlah kecil gel mandian sudah cukup untuk memberikan anda kesegaran dan perlindungan yang diingini untuk seisi keluarga. SAFI SHOWER juga boleh didapati dalam pek isian semula bersaiz 850g.

Rangkaian terbaharu ini hadir dalam 4 variasi yang diformulasi secara unik bagi melengkapi keperluan keluarga anda. Setiap olesan pada kulit dilengkapi dengan ciri-ciri antibakteria yang membuatkan kulit anda lebih bersih. 2 bentuk formulasi, iaitu gel dan krim mandian telah dihasilkan bagi melengkapi citarasa ramai. 
    Serai Lime Splash:
Untuk ‘layanan’ ala tropika yang sebenar, gabungan ramuan segar- serai dan limau purut bukan sahaja bertindak sebagai bahan anti-bakteria semula jadi, tetapi mampu menenang dan melembutkan tekstur kulit. Setiap percikan pada kulit bagaikan tamparan manja sang ombak yang menyegarkan malah mampu membangkitkan setiap deria anda!
 Kokonut Shake:

Berehat dan bermanja tidak lengkap tanpa merasai kesegaran minuman air kelapa. Diperkaya dengan ramuan detoksifikasi semula jadi, ekstrak kayu manis dan kelapa bukan sahaja dapat menyegarkan kulit, malah menjadikan permukaan kulit anda kelihatan lebih muda, lembut dan cerah berseri!
 Berry Smoothies:
Buat si pengambara yang ingin berasa seperti berada di tepi kolam renang, gabungan strawberi, limau dan barli memberikan manfaat pencerahan semulajadi. Kini, anda boleh keluar bersantai sambil menikmati sinaran matahari dengan lebih yakin!
 Passion Honey Frost:

Bagi yang mengimpikan belaian romantis ala bulan madu di pantai, kemanisan madu yang dipadankan dengan kesegaran passion fruit bukan sahaja menghangatkan suasana, malah memberikan kulit anda kelembapan berganda apabila dibilas bersama ketika mandi.  

Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya besar dan pasaraya hyper. Boleh juga dibeli online di https://shopee.com.my/

Harga :
Setiap variasi berharga RM18.90 (1kg) atau 12.90 (850g pek eko isian semula) 

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI,

Post a Comment

2 Comments

  1. coconut shake pun ada,kang ada yg minum ahhahaha tapi kelapa memang elok pun tuk kulit...

    ReplyDelete
  2. sy suka honey tu kulit tentu lagi licin dan cantik

    ReplyDelete