Resepi Cepat dan Mudah Seafood Aglio Olio

Kali ni Aten nak share resepi senang giler dan mudah giler yang husband Aten ajar untuk masak. Punya la senang, sekali je dia ajar Aten dah boleh masak sendiri tanpa bantuan dia. Hehehe. Rupanya nak masak western food ni sebenarnya senang dan yang paling penting cepat. Cepat masak cepat makan ye dak? Macam biasa Aten guna fry pan kegemaran Aten iaitu Chefology Nature Series. Tak melekat langsung. Iloikeee! 

Resepi Seafood Aglio Olio :

Bahan-bahan :
Pasta
Olive oil
Bawang putih
Udang
Sotong
Thymes
Chilli flakes
McCormick Oregano Grinder
McCormick Sea Salt Grinder
McCormick Black Peppercorn Grinder

Cara masak Seafood Aglio Olio :

1. Panaskan Fry Pan dari Chefology Nature Series dan masukan olive oil

2. Dalam periuk lain, masukkan air dah rebus pasta sehingga masak dan toskan

3. Goreng bawang putih sehingga naik bau dan masukkan sotong dan udang yang telah dibersihkan

4. Sotong dan udang yang dimasak letakkan di pinggan lain dulu

5. Dengan menggunakan Fry Pan yang sama, masukkan olive oil dan pasta

6. Kemudian, masukkan thymes, oregano, chilli flakes, salt, pepper

7. Masukkan pula udang dan sotong yang telah dimasak tadi

8. Gaul sehingga sebati dan siap untuk dimakan!

Post a Comment

1 Comments