Alhamdulillah tahun ni merupakan tahun kedua Aten menyaksikan perkahwinan eksklusif secara beramai-ramai yang diadakan di Marina Putrajaya. Seperti biasa Mega Wedding Malaysia menyediakan acara perkahwinan eksklusif ni dengan style yang sangat santai tetapi mengukir memori yang indah untuk semua termasuk Aten yang juga memenangi hadiah hamper untuk gambar kreatif di Instagram. Yeayyy!
Mega Wedding Malaysia
kali ini menjadi hos kepada 10 pasangan pengantin yang telah memberi
kepercayaan kepada syarikat perancang perkahwinan ini untuk melaksanakan acara
yang gemilang mengikut lunas Islam. Perkahwinan beramai-ramai kini menjadi
‘trend’ kerana sebab-sebab yang munasabah kerana para pengantin dapat menjimat
kos. Walaupun begitu, dengan anjuran Mega Wedding Malaysia, mereka akan melalui
saat-saat yang indah yang meriah dengan bajet yang rendah. Dengan kos yang rendah, semuanya
selesai dari sesi persolekan di Cruise Putrajaya, majlis pernikahan di Masjid
Putrajaya hingga ke makan beradab dan majlis resepsi yang meriah di Marina
Putrajaya.
Konsep persandingan
pula bertemakan Perkahwinan Taman Di Tepi
Tasik iaitu di Marina Putrajaya. Setiap pasangan dicaj hanya RM7,000.00 untuk
pakej perkahwinan yang sungguh istimewa ini yang nilainya pasti akan mencecah
angka yang lebih tinggi jika dilangsungkan secara persendirian. Tujuan utama Mega
Wedding Malaysia ialah membantu pasangan pengantin meringankan bebanan belanja perkahwinan
tetapi masih dapat melalui pengalaman yang indah dan tidak mudah dilupakan.
Tujuan Mega Wedding Malaysia ialah untuk membantu pasangan pengantin meringankan bebanan belanja perkahwinan tetapi masih dapat melalui pengalaman yang indah dan mewah ala persandingan artis-artis kepujaan mereka di Malaysia. Inisiatif ini sebenarnya adalah usahasama pelbagai usahawan bumiputra dari pelbagai industri. Projek ini boleh dikatakan non-profit dan merupakan awareness dan bantuan untuk bakal pengantin dan ibubapa pengantin yang kurang mampu. Penganjur bersama acara ini ialah Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd dan Mahligai Impian Wedding & Events dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI Putrajaya.
Pasangan
pengantin mendapat pakej seperti dibawah dengan bayaran RM7,000.00.
- 200 pax jemputan untuk setiap pasangan
- Menu Katering istimewa
- Live show daripada band terpilih
- Deejay Jemputan dan PA System
- “Door Gift” untuk setiap tetamu
- Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara
- Liputan khas daripada media
- Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa
- Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan
- Pelamin Eksklusif istimewa
- Pelamin Nikah di dalam Cruise
- Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya
- Percuma Kad Kahwin untuk setiap jemputan para pasangan
- Kek Kahwin untuk semua pasangan
- Penginapan Hotel satu malam di Shangri-La Putrajaya (5 Bintang)
Senarai Penaja :
2 Comments
Ada banyak lagi ke gambar-gambar? Sebab dari posting ni, dah nampak sangat menarik, and yes RM7K tu boleh dikatakan sangat murah untuk dapat semua tu
ReplyDeleteMemang banyak gambar. Boleh tengok di official facebook dorang :)
Delete