Filem Malay Regiment Best !

Filem Malay Regiment diterbitkan bagi membangkitkan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tentang jasa anggota perajurit dalam mempertahankan tanahair dari ancaman komunis. Sepanjang INSURGENSI ramai anggota tentera yang terkorban dan tercedera malah ada yang mengalami kecacatan kekal sehingga ke hari ini. Wira-wira tidak didendang ini seharusnya terus diingati dan diangkat sebagai “HERO” yang bertanggungjawab menjadikan Negara Malaysia berada dalam keadaan aman damai dan harmoni hari ini. Semangat Askar Melayu dalam perjuangan demi agama bangsa dan tanahair adalah satu contoh terbaik membina bangsa Malaysia. 

Sinopsis Malay Regiment :
Mengisahkan 3 orang cucu kepada bekas tentera yang terkorban semasa bertempur dengan anasir komunis pada era 70an di Gubir, Kedah. Mereka ingin mengetahui kisah datuk-datuk mereka semasa berkhidmat sebagai anggota tentera. Mereka dipertemukan dengan seorang pesara tentera berpangkat Mejar Jeneral yang sedang menulis sebuah manuskrip tentang pengalaman beliau di dalam pasukan tentera darat ketika zaman INSURGENSI. Suka duka pahit maung serta semangat  yang tinggi dipaparkan oleh 3 wira tidak didendang iaitu Kapten Zainal, Lt Hamid dan Lt. Muda Razakdan ketika berjuang dalam pertempuran dengan anasir komunis adalah asas manuskrip beliau. Manuskrip ini mengangkat 7 wasiat Raja-Raja Melayu yang diterapkan dalam jiwa anggota tentera Regimen Askar Melayu. Ia juga menceritakan bagaiman satu keluarga Cina diselamatkan ketika dibelasah komunis. Komunis kemudiannya membunuh keluarga Cina tersebut meninggalkan anak perempuannya yatim piatu lalu diambil menjadi anak angkat kepada keluarga tentera. 3 pertempuran antara anggota tentera dengan komunis dalam satu gerakan besar-besaran dalam Operasi Gubir 2 mengembur ke kubu-kubu komunis dilakukan apabila komunis menembak jatuh helicopter TUDM yang membawa 11 anggota keselamatan.

Perancangan komunis melalui maklumat daripada talibaruttelah menyebabkan beberapa anggota tentera terbunuh begitu juga di pihak komunis ramai yang terkorban apabila serangan berterusan dilakukan pihak tentera. Komunis membunuh orang kampong yang tidak menyokong mereka tanpa mengira bangsa. Setelah diserang teruk  pihak komunis bertelagah sesama sendiri apabila salah seorang komrad mempersoalkan tentang apakah yang diperjuangkan komunis sebenarnya. Komrad tersebut berpendapat perjuangan untuk bangsa Cina bukan dengan bertempur dan mati tetapi adalah dengan menguasai ilmu dan ekonomi. Komrad tersebut merasakan doktrin komunis adalah sia-sia lalu mengambil keputusan untuk lari sambil menyorokkan senjata-senjata komunis. 

Kisah perjuangan ini telah menarik minat cucu kepada Kapten Zainal, Lt Hamid dan Lt. Muda Razak untuk mengetahui lebih lanjut apa sebenarnya yang berlaku semasa datuk mereka berkhidmat sebagai tentera. Pertemuan dengan Mejar Jeneral bersara Abu Bakar telah merungkai segala persoalan dan kisah disebalik pertempuran yang berlaku ketika datuk mereka berjuang. Kisah datuk-datuk mereka telah menginsafkan mereka semua sehingga membuatkan mereka berbangga menjadi sebahagian daripada waris pejuang yang mempertahankan tanahair dari ancaman komunis

Trailer Malay Regiment :

Review Malay Regiment :
Sedar tak sedar dah 60 tahun negara kita negara Malaysia bebas dari penjajah. 60 tahun tau. Bukan nombor yang sikit. Apapun Alhamdulillah Aten rasa bertuah dan berbangga dilahirkan sebagai seorang rakyat Malaysia. Bila Aten dijemput untuk ke tayangan perdana Malay Regiment, Aten sangat excited! Yelaa, cerita macam ni bukan selalu ada. Setahun sekali je. Apa salahnya kita raikan ye dak? Bila sampai ke E-Curve Aten sangat teruja bila dapat melihat abang-abang askar lengkap berpakaian uniform mereka. Biasa tengok kat TV je. Hehehe. Terus ambik gambar dengan dorang. Dorang pun sporting. I loikeeee! Cerita berdurasi 1 jam 30 minit ni bagi Aten sangat membuka mata Aten. Betapa perwira dulu sangat semangat dan sanggup bermati-matian untuk mempertahankan tanahair. Rasa insaf kejap pulak bila tengok filem ni. Huhuhu. Filem arahan Dato' Jurey Latiff Rosli tidak mengecewakan. Jalan cerita yang disampaikan sangat mudah difahami dan tidak terlalu berat untuk ditonton. Ada sedikit unsur suspens, plot twist dalam cerita ni yang membuatkan Aten sebak. Memang deep la filem ni terkesan kat hati. Overall, Aten enjoy tengok filem ni. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat bila tonton filem ni. Aten bagi 8 bintang dari 10 bintang! Yeayyy

Kepada semua, jangan lupa tonton filem Malay Regiment yang akan disiarkan bermula 31 Ogos 2017 di panggung wayang terdekat korang. Semestinya berbaloi-baloi!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60!
"Negaraku Sehati Sejiwa"

Post a Comment

4 Comments

  1. Knp Aten tak pakai baju kurung baru ikut tema hehehe tapi cerita macam ni kena banyak promosi baru ramai orang tonton...

    ReplyDelete
  2. Memang best jalan cerita Malay Regiment. Cerita yang banyak membuka mata anak muda tentang perjuangan para prajurit ketika mempertahankan tanahair daripada ancaman komunis.

    Jom anak bangsq kita, jangan lupa petgi panggung wayang tengok cerita bersejarah ini.

    ReplyDelete
  3. Sayang x sempat nk gi hari tu..mesti best kan!

    ReplyDelete
  4. Siapa minat filem sejarah, mesti boleh layan cerita ni :)

    ReplyDelete