Realisasikan Majlis Raja Sehari di Lanai Anggun

Hi korang!
Entry ni khas untuk korang yang tengah mencari dewan kahwin di area Selayang dan sewaktu dengannya. Hehehe. Seronoknya nak kawen! Hehehe. Sejak 2 menjak ni makin banyak pulak tempat nak melangsungkan perkahwinan ye dak? Cuma sediakan duit aje. Yang lain bagi dorang uruskan. Mudahkan?

Pernah dengar Lanai Anggun Event Centre. Baru sesangat dibuka untuk tempahan majlis sanding korang. Kalau korang waze memang confirm sampai sini. Memilih lokasi perkahwinan adalah salah satu perkara penting dalam catatan buat bakal pengantik. Ye dak? Jom tengok apa yang ada di dalam Lanai Anggun :D
Besar dan cantik. Suka sangat! Lanai Anggun yang terletak di Selayang Heights, Selangor antara lokasi terbaik untuk acara perkahwinan yang mampu menjanjikan kepuasan maksimum buat bakal pengantin. Dengan berkonsepkan moden dan klasik, dewan Lanai Anggun menyediakan perkhidmatan membuat persiapan perkahwinan daripada A sampai Z. 
Dewan Lanai Anggun telah dirasmikan oleh YBhg Dato Dr Husammuddin Hj Yaacub, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf.
Dengan keluasan 900sqft, Lanai Anggun boleh memuatkan 40 buah meja dengan pakej menu serendah RM28/pax untuk 1000 orang. Peruntukan yang disediakan mengikut jumpa tetamu yang diundang dan makanan yang dihidangkan pula secara bufet dengan menggunakan khidmat katering. Konsep kiosk juga disediakan sekiranya ada permintaan.
Antaranya, dekorasi pelamin eksklusif, catering, fotografi, videografi, pegawai trafik, kompang, silat, busana dan aksesori, meja pengantin, hiasan laluan pintu masuk, karpet merah dan bunga meja.
Selain itu, khidmat andaman juga disediakan disini untuk bakal pengantin. Senang cerita semua dah lengkap dah sini. Yang lagi besst, Lanai Anggun memberikan kemudahan secara percuma iaitu kek 3 tingkat, kuih muih tradisional, minuman panas, PA system, DJ, event coordinator dan pelayan tetamu beruniform.
Lanai Anggun turut menawarkan perkhidmatan untuk majlis-majlis lain seperti seminar korporat, majlis hari jadi, alumni, sidang akhbar, pelancaran, hi-tea/majlis makan malam, rumah terbuka, berbuka puasa dan sebagainya. Harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan dan berbaloi.
CABUTAN BERTUAH untuk mereka yang nak melangsungkan perkahwinan di Lanai Anggun!
2 pasangan bertuah akan mendapat percutian ke Seoul, Korea dan Osaka Jepun! Wahhh best tuuuu. Bulan madu korang akan disponsor oleh Lanai Anggun selama 3 hari 2 malam. Fuhhh siapa yang taknak kann. Jom cepat book dewan Lanai Anggun dan berpeluang untuk menjadi antara peserta yang layak mendapat bulan madu di Korea dan Jepun. Semua ditaja kecuali tiket penerbangan. Peserta yang bertuah akan diumumkan di Facebook Lanai Anggun pada 11 Ogos 2017. Nantikan~
LANAI ANGGUN EVENT CENTRE
Alamat :  R-C-03, Commercial Lot Radius, Jalan SH 1/3, Selayang Height, 68100 Selayang Height Selayang, Selangor
Contact : 019-288 3757
Operation hours : 9:00AM - 5:00PM

Post a Comment

1 Comments