Jom Cantik dengan LVA Beaute !

Hi korang!
Fuhh sedar tak sedar dah masuk pertengahan bulan 3. Cepat kan masa berlalu. Nanti pejam celik pejam celik dah nak puasa dan raya. Soooo, cuba belek muka korang tu kat cermin. Puas hati tak dengan muka masing-masing?
Kalau macam Aten, jenis kulit Aten jenis yang kering tau tapi jenis yang tak teruk lah. Kalau pakai moisturizer atau krim muka pun dah ok. Hehehe.
Sekarang ni Aten tengah pakai skincare dari LVA Beaute. Korang pernah dengar tak? Aten pun baru dengar pasal produk ni. Katanya, LVA diformulasikan dengan bahan dari Switzeland dan campuran resepi rahsia untuk mencantikkan kulit. Wahhh hebakkkkk :D
LVA Beaute merupakan produk kecantikan untuk wanita dan lelaki buatan bumiputera. LVA Beaute kini mempunyai 18 rangkaian produk sesuai untuk semua.
18 Rangkaian produk LVA : 7 set produk
- Set LVA untuk Wanita - Kulit Normal
- Set LVA untuk Wanita - Kulit Sensitif
- Set LVA untuk Lelaki
- 3 LVA Serums (Instant Lifting Serum, Intensive Whitening Serum, Acne Serum)
- Diamond UV Foundation
- V Shape Cream
- Enzyme Scrub

Aten sekarang tengah guna Set LVA untuk Wanita - Kulit Normal yang terdiri daripada Hydra Cleanser, Hydra Toner, Hydra Day Cream dan Hydra Night Cream.
HYDRA CLEANSER - Cleansing (RM109.00)
  • Mengawal dan membersihkan kotoran secara menyeluruh. 
  • Memiliki tekstur yang lembut dan tidak melekit.
  • Amat membantu dalam proses pembersihan permukan kulit secara mendalam dan bertindak dengan cepat hasil daripada rumusan bahan vitaman A, C, E dan juga ekstrak buahan.
HYDRA TONER- Refreshing (RM109.00)

  • Membantu mengecilkan liang pori yang terbuka hasil pembersihan daripada hydra cleanser. 
  • Pori-pori yang terbuka akan dikecilkan secara konsisten mengikut cara penggunaan yang betul.
  • Menutup liang pori untuk menghalang daripada kotoran masuk ke dalam.

HYDRA DAY CREAM- Calm & Tighten (RM109.00)
HYDRA NIGHT CREAM - Repairing & Relaxing (RM109.00)
  • Membantu merawat sel kulit mati pada waktu malam selepas penggunaan pencuci muka dan toner. 
  • Di formulasikan dengan Rose Placenta, Vaccinium Myrtillus dan Fruit Extract yang kaya dengan vitamin C & E. 
  • Menyahaktifkan antioksida dalam lapisan kulit dan membersihkan kulit. Kesan pencerahan boleh dilihat seawal 7 hari
Set ini akan melindungi kulit korang sepanjang hari. Dengan kombinasi lengkap pencuci muka, toner, krim siang dan malam akan membuatkan kulit kita semua rasa segar dan bersih sepanjang hari. Hanya di LVA Skin Care, korang boleh dapatkan produk setanding produk antarabangsa dengan harga yang berpatutan. Korang tak perlu ragu-ragu dengan produk ni sebab produk LVA telah lulus KKM, tidak mengandungi merkuri dan siap dipaparkan dalam surat khabar lagitu.
Review LVA Beaute : 
Aten pakai produk LVA Beaute ni baru seminggu. Excited nak cerita dekat korang apa yang best mengenai produk ni. Tengok gambar kat atas tu, cantik kan packaging LVA Beaute. Warna biru membuatkan botol tu nampak elegan dan 'class' . Packaging simple tapi cantik. Cleanser, Toner, Day Cream dan Night Cream semua best! Wangi je muka bila pakai sebab ada bunga rose yang digunakan. Biasanya Day Cream dan Night Cream warna putih kan tapi Day Cream dan Night Cream dari LVA Beaute ni warna pink tau. Seronok je rasa bila nak pakai. Hehehe. Overall, semuanya ok. Langkah penggunaan produk LVA Beaute ni pun simple je tak ambik masa lama. Kulit Aten pun dah tak kering sangat. Seronok je bila pegang pipi sendiri, lembap dan lembut. Suka suka suka! :D
Untuk maklumat lanjut mengenai LVA Beaute,
LVA Beaute 
Contact : 019 693 2222 / 03 8912 4666 / 012 277 4822 

Post a Comment

1 Comments