#IWillBeOkay Beauty Bag Edisi Terhad

First of all, thanks Fiona for the #IWillBeOkay Beauty Bag! Pertama kali tengok terus jatuh cinta! Simple yet looks classy gitu. Hehehhe.

So, apa cerita #IWillBeOkay Beauty Bag ni?
#IWillBeOkay Beauty Bag ni merupakan satu pembelian amal untuk kempen kesedaran "Fight Against Depression" @ Melawan Kemurungan. Ianya satu kempen untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai penyakit mental dan juga untuk menggalakkan mereka yang mengalami kemurungan untuk mendapatkan bantuan yang mereka perlukan. #IWillBeOkay Beauty Bag ni limited edition dan boleh didapati untuk masa yang terhad. Hanya ada 50 beg sahaja yang dijual ! :O  
Setiap beg dijual pada harga RM99 sahaja (kos penghantaran sebanyak RM15 akan dikenakan) Untuk beg yang berharga RM99, korang akan mendapat beg produk bernilai RM611 di dalamnya. Memang murah gilaaa! Bayangkan semua produk dalam beg tu worth RM611 tapi korang hanya perlu bayar RM99 je. Memandangkan ini merupakan Kempen Kesedaran Fight Against Depression, 100% daripada keuntungan akan pergi kepada tabung dana #IWillBeOkay, yang akan digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan contohnya seperti kempen-kempen akan datang, acara, derma, dan banyak lagi.

Jom tengok produk yang kita bakal dapat kalau beli #IWillBeOkay Beauty Bag ni. Worth RM611 wehh tapi bayar RM99 je :O
  • Limited Edition #IWillBeOkay Jute Bag, designed by Fiona <3
  •  Murad Intensive Age-Diffusing Serum 5ml and Essential-C Day Moisture 21ml, both worth RM215. And a 50% OFF facial treatment voucher.
  • Full Size Linden Leaves Aromatherapy Synergy Body Oil 60ml, worth RM94.35.
  •  Full Size Physicians Formula Happy Booster in Translucent, worth RM59.25
  •  Full Size Breena Beauty Eye Makeup Brush, worth RM25. There are 2 different type of eye makeup brushes – B212 Basic Eyeshadow and B216 Brow Definer, which will be given randomly.
  • Mini Mini Cafe RM50 Cash Voucher (no min purchase)
  •  Full Size Clinivita Marine Placenta Concentrate 15ml, worth RM158.
 SUPER EARLY BIRD SPECIAL
14 pembeli pertama Super Early Bird Special akan mendapat aroma Scent Maker atau Max Gordon dari Parkson Malaysia yang bernilai lebih daripada RM200 sebotol. Wahhhh! Perfume ini akan diberikan secara rawak. Setiap pembelian akan mendapat satu botol. Untungnya siapa yang dapat!
 EARLY BIRD SPECIAL
10 pembeli Early Bird Special akan mendapat Batiste Blush Dry Shampoo yang bernilai RM31.70 setiap botol. Setiap sorang akan mendapat satu botol sahaja. So, kalau 10 orang, 10 botol lah. Hehehe
SURPRISE GIFT
20 pembeli bertuah akan menerima salah satu produk Pure Beauty CC Cream yang bernilai RM49.90 Terima kasih kepada Watsons Malaysia! Bukan semua tau, hanya 20 pembeli bertuah yang akan dapat. Ia akan diberikan secara rawak (random)

Untuk pembelian #IWillBeOkay Beauty Bag Edisi Terhad :
Menarik kan apa yang di-offer dalam #IWillBeOkay Beauty Bag ni? Sooo, kalau korang nak beli ataupun nak hadiahkan kat sesiapa, boleh isi form dekat link ni ---> bit.ly/

So korang tunggu apa lagi? Jom kita support kempen ni dengan membeli #IWillBeOkay Beauty Bag ni ! Semoga makin berkurangan orang yang mengalami kemurungan dengan bantuan yang kita berikan untuk mereka. Amiinnnn :)

Post a Comment

2 Comments