Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng di pawagam 24 November 2016

Sedar tak sedar Upin Ipin Jeng Jeng Jeng nak keluar dekat pawagam lagi seminggu je. Wahhhh seorang Aten tersangatlah teruja. Hahahha. Cerita Upin Ipin ni bagi Aten sangat menarik dan ada aura mereka tersendiri. Yelaaa, mana taknya. Orang dewasa mak bapak budak pun layan cerita ni. Macam Aten. Hahaha. Kalau dulu setiap kali ada kat TV mesti tengok punya. Sekarang ni dah jarang tengok. Kalau time tengah makan je baru berkesempatan nak tengok. Hukhuk. Bila tau Upin Ipin ada keluar dekat wayang, memang excited lah kan! Yelaaa, cerita animasi masuk ke alam dunia nyata. Seriously Aten sangat respect dengan orang yang pandai buat video gini *tabik spring* . Jom baca sinopsis Upin Ipin Jeng Jeng Jeng. Tak rugi tau kalau baca! :D

Sinopsis Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng
Mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah  tersebut.

Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut. Balqis kemudian meluahkan masalah itu kepada Upin dan Ipin, tanpa menyedari dua watak itu mendengar luahannya dan muncul di hadapannya. Bagaimanapun, hanya Aqish saja nampak Upin dan Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan. Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa setelah bergaduh dengan Noreen. Atas pujukan dari Upin & Ipin, Balqis bersetuju untuk pulang ke rumah namun dia masih tidak berbaik dengan Noreen.

Upin & Ipin mendapat idea untuk menyelamatkan rumah anak yatim dengan memujuk Awie untuk melakukan konsert amal. Awie bersetuju untuk membuat konsert amal, Balqis kerana terlalu teruja telah membuat pengumuman bahawa Upin & Ipin akan turut bersama dalam konsert tersebut. Ini mendatangkan panik kepada Awie dan Bo yang tahu bahawa Upin & Ipin hanyalah watak animasi yang tidak wujud. Namun, pada konsert tersebut, Upin dan Ipin muncul dan membuat persembahan hebat hingga menyebabkan semua penonton teruja dan yakin dengan kewujudan Upin & Ipin.

Balqis bukan sahaja berjaya menyelamatkan rumah anak yatim tempat tinggalnya malah mendapat keluarga baru apabila Noreen berkahwin dengan Zaman. Awie telah menandatangi kontrak dengan syarikat ternama dan namanya juga semakin meningkat naik seperti zaman kegemilangannya. Upin & Ipin terpaksa pergi bagi menggembirakan kanak-kanak lain, dengan berat hati Balqis melepaskan Upin & Ipin pergi.

Soooooo, tunggu apa lagi gais? Book tiket wayang sekarang jugak. Kosong schedule korang minggu depan hari khamis. Rabu malam biasanya dah keluar. Keluarkan duit sikit untuk releasekan stress kerja dan belajar dan bawak satu keluarga datang. Pasti bakal menjadi memori terindah buat kita semua. Muah ciked :*

Post a Comment

2 Comments

  1. Tak sabar nak tengok cerita nie dengan anak.. ehehe

    ReplyDelete
  2. My nephew just too obsess with Upin Ipin and we are going to watch it tomorrow!

    ReplyDelete