Aktiviti Menarik di Melaka Thousand Tales Of Adventures

Sedar tak sedar dah hujung tahun! Perghhh cepat betul masa berjalan. Pejam celik pejam celik sekolah pun dah cuti. Meriah lah rumah Aten bila ada adik-adik kat rumah masa cuti sekolah nanti. Mesti dorang ajak Aten pergi jalan-jalan kat mana-mana punyalah. Yelahh, budak-budak. Mana reti dok diam-diam. Lagi-lagi adik Aten lelaki pulak. Jenuh lah nak melayan. Kuikui.

Haritu Aten ada scroll kat Google tempat menarik ataupun aktiviti menarik yang boleh Aten bawak adik-adik Aten. Terjumpalah The Melaka Thousand Tales Of Adventures - The Adventures Of Sinbad. Korang dah pernah pergi? Kalau korang belum pergi, haaaa bila singgah Melaka wajiblah singgah sini dulu! Sempena cuti sekolah ni, boleh lah bawak adik-adik korang, anak-anak korang, kawan-kawan korang kat sini dan alami keterujaan di The Melaka Thousand Tales Of Adventures - The Adventures Of Sinbad.
The Melaka Thousand Tales Of Adventures - The Adventures Of Sinbad merupakan sebuah pengembaraan menarik dengan mengharungi pelbagai cabaran dan kejutan dan juga disertai dengan visual, bunyi dan aksi. Pengembaraan ini bermula dengan cabaran-cabaran di mana kita perlu menggunakan kecerdasan kita untuk memecahkan kod rahsia dan membebaskan diri dari perangkap, melepaskan diri daripada ancaman haiwan-haiwan yang menyeramkan, dan melarikan diri daripada serangan orang jahat. Mesti rasa best kan bila dapat pecahkan kod rahsia dan habiskan cabaran yang ada. Hehehe :D
Selain daripada cabaran yang unik, The Melaka Thousand Tales Of Adventures - The Adventures Of Sinbad juga mempunyai bilik cabaran yang bertema yang membolehkan kita menyertai pelayaran Sinbad sehingga ke pertarungan akhir dengan ahli sihir yang kejam. Bilik-bilik cabaran ni dihiasi dengan kelengkapan yang bersaiz sebenar dan realistik seperti kita berada di dunia fantasi dan imaginasi. Menarik kan?
 “Cabaran Sarang Labah-Labah”
“Skeleton Chamber”
“Cabaran Melepaskan diri dari Sarang Raksasa”
“Cabaran Break Free from Monster Manor”
Haaaa, ni merupaka stage terakhir di dalam The Melaka Thousand Tales Of Adventures - The Adventures Of Sinbad dimana kita akan bertarung dengan ahli sihir yang dilangsungkan melalui 7D simulation ride. 7D kot! Mesti real habis lah ahli sihir tu. Suka suka suka! Teknologi yang dilengkapi dengan simulasi visual, bunyi dan gerakan ini juga menggunakan air, asap, dan unsur-unsur lain untuk memberikan sebuah pengalaman yang realistik kepada kita semua. Hebatt!

Harga tiket untuk dewasa ialah RM25 dan untuk kanak-kanak hanya RM20. Apa tunggu lagi guys? Jom beli tiket! :D
Dah ramai yang dah merasai The Melaka Thousand Tales of Adventures. Korang bila lagi?

Untuk maklumat yang lanjut atau sebarang tempahan tiket, refer maklumat bawah ni :
Alamat : G30, Jalan PM9, Plaza Mahkota, 75000 Melaka.
Contact number : 010 978 8805 (Mr. Wilson Law)
                                                                                        : 06 292 2070 (pejabat)
Waktu Operasi : Setiap hari termasuk cuti umum
Isnin – Khamis (10am-7pm)
Jumaat – Ahad (10am-9.30pm)

Kalau singgah ke Melaka, jangan lupa datang ke sini dan alami pengembaraan yang teruja ni dengan Sinbad tau! :D

Post a Comment

1 Comments

  1. Phew. Nasib baik terjumpa post ni sebelum pergi Melaka next week.
    Thanks for sharing :)

    ReplyDelete