Campur Campur Kitchen Gabungan Makanan Indonesia, Chinese & Thai


Hi korang ! Buat apa tuu? Hheheheh

Nak tanya sikit ni. Sikit jeee. Sape kat sini yang suka makan makanan Indonesia, Chinese dan Thai? Ce angkat tangan :D

Aten tanya sebab Aten jumpa satu restoran yang ada gabungan makanan tiga negara ni tau. Wahhhh hebatkann. Nama restoran tu Campur-Campur Kitchen yang berlokasi di Cyberjaya. Celah mana kat Cyberjaya tu engkorang waze je Dpulze Shopping Mall. Haaa, dalam mall tu je. Pusing-pusing mesti jumpa punya lah. Campur-Campur Kitchen ni bersebelahan dengan Boat Noodle je. Hehehe

Suka sangat dengan interior design kedai ni. Fefeeling klasik sangat tau. Simple je. Sangat menggamit memori masa kecik-kecik dulu :')
Haaaaaa, sedap kann? Aten yang dok menulis lagi terliur. Fuhhh. Semua sedap ! Seriously. Kena sangat dengan tekak Aten. Tak pedas sangat. Just nice. Presentation food pun teratur dan nampak menyelerakan. OMG kena pergi lagi ni. Kang termimpi-mimpi pulak makanan Campur-Campur Kitchen. Kuikui. Harga makanan dorang bagi Aten sangat affordable walaupun student. Berbaloi dengan portion makanan yang disediakan. Standard harga Cyberjaya la kan :D
Air mentol! First time dapat pergi restorang yang ada bekas minuman yang berbentuk mentol. Bila minum rasa macam-macam idea nak keluar. Hahahaha. Aten suka yang biru tu. Soda Lemonade. Yang hijau tu Green Tea. Sesuai sangat untuk sesape yang tengah diet! Hahahha. Yang lain tu Ice Tea. Pun sedap! Tapi Aten lagi prefer Soda Lemonade. Dap angat!
Nahhh Aten bagi kat korang menu sekali. Hehehhe.


Untuk maklumat lanjut :
Campur Campur Kitchen

Address :
UG18, Dpulze Shopping Centre 63000 Cyberjaya
Facebook :

Post a Comment

2 Comments