HAIRDEPOT Loft 1 Utama - Penjagaan Lengkap Rambut


Hi korang!

Salam Jumaat semua ;)

Harini Aten berkesempatan untuk ke HairDepot yang baru dibuka di 1 Utama. Dalam sebulan gitu. Hair Depot ni memang selalu jugak Aten dengar. Tapi tu lah, nak masuk tu pun jenuh. Biasa Aten g salon je kalau melibatkan rambut. Hehehe. Setakat sekarang, HairDepot dah ada 30 outlet termasuk outlet di 1 Utama. Wahhh! HAIRDEPOT Loft ni dah establish sejak 2009 tau. Tu yang sekarang dah ada 30 outlet. Hebat! *clap-clap*

13 House Brands dijual di HAIRDEPOT Loft. Contohnya : Midori, Hair Milk, Herbalogist, Hairdepot, Greenology, Ecru Little Green, Ecru NewYorkStreets, Cab’s, Aurane, Erayba, Phytorelax, Farcom Mea Natura, Farcom B-Style, Farcom Aler.

HAIRDEPOT Loft berlokasi di LG311G, 1 Utama Shopping Center (New Wing) . Sebelah Old Town je. Hehehe




First time masuk kedai ni dah kagum dengan susunan barang-barang yang dorang ada. Sangat kemas dan teratur. Simple yet nampak eksklusif gitu. Memula sebelum masuk tu dalam hati Aten cakap "Ni mesti barang dia mahal" . Tapi redha je lah kan masuk. Tapi bila tengok harga,"Ehh, takde lah mahal mana!" Kalau pergi salon lagi mahal, baik beli kt sini dan pakai kt rumah. Jimat duit pergi salon. Hehehe.











Habis setengah jam gak lah pusing satu HairDepot ni tengok barang-barang yang ada kt situ. Staff kt situ pun rajin gak lah menengok Aten dan mengikut Aten pergi kt semua tempat kt situ. Hahahah. Seriously macam-macam barang ada kt sana wehh. Tapi barang yang berkaitan dengan rambut lah. Hehehe. Mula-mula Aten ingat ada set penjagaan rambut untuk perempuan je, rupanya ada gak untuk lelaki. Semangat Encik Tunang Aten pergi kt bahagian wax dia tu. 

Selain penjagaan rambut untuk dewasa, set penjagaan rambut untuk bayi pun ada tau. Little Green dari USA. Wahhhhh! Syampu, body wash semua lengkap lah. Yang penting set penjagaan untuk bayi ni selamat digunakan, tiada bahan kimia yang boleh merosakkan fizikal bayi. Wahhh nanti dah kawen dah ada rumah sendiri boleh lah membeli semua kt sini. Perfect! :D


Ni haaa antara produk yang Aten sempat grab haritu. Hair Perfume, Hair Milk, Sebum Control Shampoo. Balik tu terus guna tau. Hehehehe


Hair Perfume merupakan antara produk yang terlaris lah setakat ni di HairDepot. Kalau korang tak sempat nak syampu rambut, just spray je kat rambut korang, mesti wangi macam pakai syampu. Hehehehe.


Dekat HairDepot pun ada hair expert dorang sendiri. So, memandangkan Aten dah ada kt sini, Aten mintak tolong salah satu hair expert tu untuk assist Aten berkenaan masalah rambut yang Aten ada. Perempuan yang bertudung mostly akan mengalami masalah rambut dan kulit kepala berminyak. So, dorang suggestkan guna Sebum Control Shampoo dari Midori. Engkorang pernah dengar produk Midori? Aten first time dengar. Hahahha. Aten dah guna syampu ni 3 kali. Alhamdulillah rambut dan kulit kepala Aten dah tak berminyak. Seronok sangat ! :D


Aten pilih produk Hair Milk ni sebab Aten suka gilerr dengan packaging dia. Comel sangat! Memang bila masuk je HairDepot memang terus Aten pergi kt bahagian Hair Milk. Hehehhe. Memandangkan syampu Aten dah ada tadi, Aten ambil Hair Milk Nourishing SPA. Hair Milk Nourishing SPA ni macam mask rambut lah. Ala-ala conditioner gitu. Pakai mask ni dan tunggu 10 minit lepastu basuh. Mesti rambut lembut gitu. Sikat guna jari pun boleh. Hehehehe


Aten pasti semua tahu tentang khasiat minyak argan ni. Kebanyakan produk sekarang ni kira wajib lah ada minyak argan kerana khasiat dia yang best. Kt bawah ni Aten ada sedikit info mengenai minyak organ. Moga bermanfaat untuk semua.
"Minyak argan dihasilkan dari buah Argania Spinosa (Pokok Argan). Sejak dulu lagi minyak argan memang tidak asing pada dunia kecantikan. Popularitinya dalam bidang kosmetik semakin meningkat masa kini sehingga digelar sebagai "liquid gold" dikalangan wanita Eropah kerana khasiatnya yang menakjubkan untuk kecantikan kulit, rambut, kuku dan bersifat anti-aging semulajadi terbaik.
Minyak argan bermanfaat untuk rawatan masalah rambut gugur, pertumbuhan dan penjagaan rambut kerana khasiatnya mampu memberi nafas baru kepada rambut kering, beruban, kusut, bercabang, rapuh dan sebagainya. Minyak ini mempunyai ciri yang sama dengan minyak Jojoba tetapi khasiat dan keberkesanan minyak argan lebih luar biasa"

Khas untuk reader dan follower Aten di Instagram :

HAIRDEPOT Loft tengah bermurah hati nak bagi kat korang Argan Oil worth RM90. Cara-caranya senang je. Ce tengok bawah ni :

  1. Follow account Instagram @thefatinbella
  2. Repost gambar Argan Oil dari Instagram Aten       [https://www.instagram.com/p/BGvjgiQEa74/] berserta hashtag #haircare      #hair #hairtreatment #HairdepotMy #HairdepotLoft
  3. Tunjukkan gambar repost korang kat HairDepot Loft, 1 Utama dan korang akan dapat satu botol comel Argan Oil.
  4. Argan Oil percuma tamat pada 15 July 2016
Senang kan?

TERHAD KEPADA 100 FOLLOWER terawal @thefatinbella SAHAJA tau :D


Kalau korang takde masa nak datang ke kedai HAIRDEPOT Loft ni , korang boleh ke www.kcareshop.com jugak untuk membeli produk mereka ni. Jimat masa kan. Hehehe. Thanks HAIRDEPOT Loft sebab layanan yang sangat awesome. #MuahCiked

Post a Comment

4 Comments

  1. Ada nmpk psl repost dan redeem tu. klu nk p OU nk redeem la try

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Nanti jangan lupa repost tau kak nadia :D

      Delete