Kahwin Muda VS Kahwin Tua

Sekarang seakan menjadi trend masa kini untuk para remaja berkahwin seawal umur 20 tahun. Kalau kt campus, mesti ada je kan classmate korang yang dah berkahwin. Mana tak nya, tujuan bercinta, mestilah nak berkahwin kan? Hehehe. Tambahan pula ibu bapa semakin terbuka dengan konsep kahwin muda ni. Soo, kalau dah dapat green light why not kannn? Hehehe

KAHWIN MUDA
Tak dinafikan kahwin di usia muda banyak manfaatnya. Sentiasa ada teman nak ke mana-mana. Sakit demam pun ada yang jagakan. Susah senang bersama. Keluar malam lagi lah tak risau sebab ada yang temankan. Kalau masa bercinta dulu, setiap hari mesti call ataupun whatsapp kan, sekarang sentiasa ada di depan mata. Bila sentiasa berkepit berdua, takde lagi suara-suara sumbang yang mengata. Kan dah halal. Ye idok?

KAHWIN TUA
Ada diantara kita yang sengaja memilih untuk kahwin lambat. Ada yang inginkan kerjaya yang stabil sebelum berumah tangga, ada yang ingin pergi travel seorang diri, ada yang ingin mengumpul aset sebelum menambah komitmen, ada yang ingin menimba pengalaman di negara orang dan ada juga yang masih tak puas bermanja dengan ibu bapa sendiri. Bagi korang yang masih takde pasangan, jangan risau. Buat masa sekarang, fokus dengan apa yang korang lakukan. Cita-cita korang. Masa ni lah yang korang patut gunakan dengan sebaiknya untuk menghabiskan masa bersama-sama kawan-kawan, mencuba hobi baru atau sebagainya.Yang penting, jangan rasa kamu perlu kahwin muda kerana terpengaruh dengan rakan-rakan yang sudah berkahwin. Tak ada salahnya kahwin lambat.

PERSEDIAAN
Ada orang kata, "dia tu memang lah boleh kahwin awal, mak ayah dia kaya". Betul tapi sebenarnya persediaanuntuk kahwin tu bukan dari segi wang ringgit je. Paling utama, kena bersedia dari semua segi - mental, fizikal, spiritual dan juga kewangan. Kahwin di usia muda bukan tiket untuk melunaskan nafsu semata-mata. Hakikatnya, tanggungjawab untuk menjaga sebuah rumah tangga tu lebih berat dan besar. Tanpa persediaan yang lengkap, rumah tangga yang bakal dibina akan rapuh dan goyah. Dan akhirnya penceraian berlaku di usia muda.

Kahwin muda atau kahwin tua semua itu pilihan masing-masing. Ada orang yang lebih bahagia hidup berpasangan, dan ada juga yang masih mahu menikmati single life dulu, Kalau korang hanya sebagai orang luar, hormati keputusan dan perasaan orang lain.

Jika bersungguh mahu berkahwin, mulakan dari sekarang. Mulakan dengan membaca buku-buku, berjimat cermat, belajar kawal emosi, dan mungkin boleh mulakan perniagaan online untuk tambah duit saku dan simpan :D

Post a Comment

2 Comments

  1. excited lak nak kawen. kawan kawen. ;p

    ReplyDelete
  2. kalau dah jodoh , jangan tunggu lama-lama Rugi Masa tau! , PCL kahwin dulu belanja murah je ..then now bila anak2 dah membesar boleh la ejoy semula like a Pengantin Baru taw ..berdua2 saje kemana2. Tak silap aku kawin awal hemm..

    ReplyDelete