CK2 | Our Love Story #the2ofus


Cinta? Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi korang tahu ke apa itu cinta yang sebenarnya? Cinta yang betul adalah hanya cinta yang iklas, dan memahami erti pengorbanan demi menjaga hati yang disayangi.

Entri kali ni berkenaan kisah cinta seorang Aten dan seorang Feeq. Seriously, Aten tak expect pun kenal dengan Feeq. Yelahhh, awal tahun lepas kira Aten baru nak aktif berblog, so kalau pergi event memang akan malu-malu lah sikit sebab tak berapa nak kenal blogger lain. Hekhek. Aten ni sebenarnya pemalu tau. Hehehhee. Pertemuan di The Edge Studio, Grand Milenium Hotel Kuala Lumpur membuatkan kitorang kenal dan rapat. Kalau ada event yang diadakan di KL, memang dia akan amek Aten kt Kg Baru dan pergi event sesama. Car pool gituhh. Jimat minyak kereta Aten. Hekhek. Raya Haji tahun lepas, Feeq confess kt Aten yang dia suka Aten dan finally 16 Januari 2106 , bertunang lah kitorang. Hehehe.


Bila Aten betul-betul kenal dengan dia, Aten baru tau dia ni seorang yang workaholics ! Tidur pukul 4 pagi tu dah biasa katanya. Fuhhh Aten memang respect Feeq pasal kerja dia. Aten ni kul 11 malam pun dah tersenguk-sengguk nak tidur. Bila Aten datang studio Feeq, mesti dia ada depan PC. Fuhhhh! Tergugat lah jugak kenapa dia ni rajin sangat. Hahaha. Lepas korek-korek masa dia belajar dulu, dia belajar business marketing semua ni. Patut lah setiap kali Feeq post status or blog, memang akan menarik giler. Kekadang tu Ate nada gak lah tanya dia mengenai blog semua tapi memang tak boleh lah nak kalahkan dia. Hahaha.



5 months of relationship and still counting... Believe it or not, no 2 connections in this world are the same. We both love movies, we both love to makan. Love to stay fit. We both love to take pictures. Banyak sangat persamaan yang membuatkan kitorang rapat dan ada chemistry gituuu walaupun jarak umur kitorang 4 tahun. Percaya atau tidak, kitorang pun berkongsi jenama perfume yang sama ! Sekarang ni kitorang menggunakan perfume terbaru dari Calvin Klein iaitu CK2 yang sesuai untuk lelaki dan perempuan. Gender-free perfume. So, bila Aten terlupa nak pakai perfume, Aten akan mintak dekat Feeq je. Hehehe.


Ck2 diperbuat dari ramuan yang sangat unik dan tidak disangka oleh seorang Aten. Urban Woody Fresh.

fragrance: Urban Woody Fresh

top:      wasabi, mandarin, violet leaf absolute
mid:      wet cobblestones, orris concrete, rose absolute
dry:       sandalwood, vetiver, incense

Bila dipakai pada berlainan orang, bau yang dihasilkan jugak berlainan. Wahhh! Hebattt. Bila Aten, ada bau-bau sweet gitu. Tapi bila Feeq pakai , bau urban woody freshness gitu. Bau perfume lelaki lah senang cerita. Hehehe.
Yang membuatkan CK2 menarik ialah ia mempunyai reka bentuk minimalis futuristik dan berbentuk seperti mentol kaca berlutsinar. Terasa sensasi positif dan energetic Sesuai dengan ungkapannya 'apa yang anda lihat adalah apa yang anda dapatkan' . Pendekatan yang menonjolkan keaslian dalam pembuatan bentuk botol dan penutupnya. Seperti aslinya hubungan kitorang. Hehehe.

Kurang dari 10 bulan menjelang perkahwinan kitorang, Aten dan Feeq banyak bersama-sama untuk menyediakan dan menyiapkan persiapan kahwin kitorang. Lifestyle kitorang sangat sibuk dengan kerja kitorang. Dengan adanya bauan CK2, membuatkan kitorang sentiasa connected to each other. Walau cemana susah satu benda tu, kitorang akan mencari jalan untuk selesaikan setiap masalah yang kitorang hadapi.


Aten berharap dengan adanya CK2, membuatkan hubungan Aten dan pasangan Aten sentiasa bercambah dan bertambah dan semakin kuat meniti hari istimewa kitorang hujung tahun ni. Amiinnnn

CK2
eau de toilette spray 100ml RM289

eau de toilette spray 50ml RM219

deodorant stick 2.6oz/75g RM89

Jemput datang ke Mid Valley pada 21 Mac 2016 – 27 Mac 2016  bersama-sama dengan kesayangan korang dan saksikan perfume yang terhebat abad ini dan rasai perbezaan dan wangian terbaru dari CK2 yang pasti membuatkan korang akan membeli dan memakainya setiap hari !

Post a Comment

6 Comments

  1. best nyaaa boleh la share perfume pasni dgn CK2! hehehe aina mmg gila perfume tau. suka sgt kumpul. hehehe.

    ReplyDelete
  2. Absolutely loved the story of how you two met dear - its very sweet. Great sharing moment with CK2 as well; the perfume certainly seems very tempting at this point ;)

    ReplyDelete
  3. Wah so sweet la kisah cinta aten & feeq. Semoga kekal selamanya.

    ReplyDelete
  4. Sweet sweet love!
    I suka CK2 jugak. Like their latest packing.

    ReplyDelete
  5. sweet je baca tang ni..hihi..moga kekal hingga ke jannah ^^

    ReplyDelete