Pembelajaran Menyeronokkan dengan The Little Scientists

logo-little-scientists

Pernah dengar pasal little scientists? ape tu? meh sini nak habaq mai kt koranggg...

Little Scientists merupakan satu pembelajaran Sains secara 'hands-on' dan menyeronokkan untuk kanak-kanak prasekolah @ tadika dalam lingkungan umur 3 hingga 6 tahun. Ini adalah selaras dengan Kurikulum PraSekolah Kebangsaan yang menekankan pembangunan keupayaan kognitif kanak-kanak melalui objek. Program ini menghubungkan semua unsur-unsur pendidikan untuk menghasilkan kualiti pengajaran yang berkesan. Misi program ni adalah utk memberi inspirasi kepada setiap kanak-kanak untuk cintakan Sains. Mereka berpeluang utk meneroka dan merasai dunia Sains sendiri. Program ini mendidik kanak-kanak untuk berfikir sebagai seorang Saintis. Tak dilupakan jugak, program ni menerapkan unsur-unsur Islam dalam pembelajaran harian mereka. Menarik kan?



Little Scientists-Tadika

Ni merupakan tadika2 yang menggunakan program Little Scientists. Kalau korang nak tahu, lebih daripada 450 tadika telah melaksanakan program ini.

Little Scientists-how-children-learn

Antara contoh program ini ialah dengan melakukan eksperimen sains yg mudah seperti eksperimen menenggelamkan bola pingpong. Mereka akan sediakan bekas berisi air dan sebiji bola pingpong dan kanak-kanak itu sendiri yang akan cuba untuk menenggelamkan bola pingpong itu. Contoh lain ialah mereka akan belajar mengenai campuran warna. sebagai contoh mereka diarahkan untuk mencampurkan warna kuning dan biru dan hasilnya bertukar menjadi hijau. perubahan warna ini merupakan magik untuk diorang. Dari situ mereka akan teruja untuk mencuba mencampurkan warna-warna lain. Dekat sini lah Critical and Creative Thinking Skill ( CCTS )di-apply-kan .




Konsep pembelajaran yang mudah dan rileks tentu akan menarik minat kanak-kanak! Dengan penggunaan alatan yg colourful, confirm akan membuat mereka teruja dan tidak stress bila belajar! 

One of cita-cita aku nak bukak tadika. So, kalau aku dah ada tadika aku sendiri, mmg aku akan guna program little scientist ni. confirm! sangat menarik cara pembelajarannya. haaaa, korang yang ada parents ke kakak abang ke yang ada tadika sendiri, suggest lah dekat dorg guna program ni. thorbaekkk! 

Ni ada komen Nurazidah TV Al-Hijrah tentang program ni. jom baca! 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal little scientist ni, korang boleh refer website dorang nihhh.






Jangan lupa jgk pada hari Rabu ni 9 Julai 2014 pukul 6.15 petang, korang boleh bukak radio IKIM sbb Little Scientist akan on-air kt channel tu. So, dorang akan cerita lebih lanjut pasal Little Scientists. Get ready guysss!

Post a Comment

2 Comments

  1. Fatinn... cepat kawen.. nanti hantar anak kat sini

    ReplyDelete
  2. Fatinn... cepat kawen.. nanti hantar anak kat sini

    ReplyDelete