4 Sebab Peha Besar!


Peha besar? 
Aku la tu. Memang masalah sebenarnya. Nak carik seluar yang paling susah. Hurm.
Kena beli seluar yg size besar tapi nnt kt pinggang longgar. hewhew.
Last2, aku beli palazo je sekarang ni. Senang pkai. Takde ketat ni. Selalu complain kt mama pasal peha besar aku ni. Mama ckp keturunan sbb mama aku pun dlu gitu. Lagi besar dari aku. Oooo. Hilang sket risau di hati. hehehe.

Tadi tetiba nak tahu apa sebab peha besar ni. Aku dapat article ni dari majalah Remaja. Jom baca!

Peha besar bagaikan satu ‘mimpi ngeri’ buat para gadis Jadi, kebanyakan gadis cuba sedaya upaya untuk mengecilkan bahagian tersebut.

Tetapi, sebelum kamu mulakan misi menurunkan serta mengecilkan bahagian peha, apa kata ketahui dahulu 4 punca mengapa peha kamu lebih besar berbanding orang lain.

1)      TERLALU BANYAK DUDUK
Tidak banyak bersenam dan bergerak boleh menyebabkan peha kamu semakin berisi. Bukan itu sahaja, terlalu banyak menghabiskan masa dengan duduk juga boleh memberi kesan yang ‘tidak cantik’ di bahagian peha. Ini kerana, apa bila kamu dalam posisi duduk peha akan semakin mengembang. Jadi, apabila kamu tidak bergerak atau bersenam ia akan membuatkan lebih banyak lemak terkumpul di bahagian tersebut malah membuatkan peha kamu mengelebih dan tidak pejal.

2)      SALAH PILIH JENIS SELUAR
Konsepnya sama seperti memakai ‘corset’. Lebih ketat lebih padat. Sama seperti seluar dan peha. Jika kamu pakai seluar yang jenis memeri atau strectable seperti palazo, peha mempunyai peluang untuk terus mengembang dan berubah bentuk tanpa di sedari. Jadi, tidak hairanlah mengapa peha kamu semakin besar dan melebar.

3)      KETURUNAN
Cuba perhatikan bentuk badan ahli keluarga kamu. Jika ibu atau kakak kamu mengalami masalah yang sama itu tandanya kamu mewarisi genatik peha besar. Ini menunjukan peluang untuk kamu miliki peha yang kurus agak tipis. Namun, jika di iringi dengan azam dan semangat yang kuat besar kemungkinan kamu dapat kecapi apa yang di idamkan bukan?

4)      BENTUK TUBUH
Jangan risau, memiliki peha yang besar tidak bermaksud kamu memang gemuk dan mempunyai masalah dalam mengawal berat badan. Sebenarnya, bentuk badan juga menentukan saiz peha milik kamu. Contoh bentuk badan seperti buah pear atau potongan A. 

Papepun, bersyukurlahhh :'D

Post a Comment

2 Comments

  1. Hahaha ini masalah yg ena hadapi.. peha ni susah betul nak kurus.. uhuks.. kena workout lebih sedikit... Sob!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk ena kurus jee. takkan peha besar jgk kot? :O hihi

      Delete