Himaya Anjurkan Kempen Anti Buli Siber 7 Julai 2021 Ini

Korang percaya tak, hasil tinjauan yang dilakukan oleh sebuah syarikat tinjauan antarabangsa iaitu Ipsos, sejumlah 20,793 individu berumur antara 16 hingga 84 tahun di 28 buah negara di seluruh dunia menunjukkan terdapat peningkatan bilangan ibu bapa yang mendakwa anak-anak mereka pernah menjadi mangsa buli siber.

Buli siber adalah salah satu cara di mana pengganggu dan pembuli menggunakan teknologi moden. Dah nama pun membuli, orang yang dibuli pasti tidak akan merasa selamat walaupun dimana sahaja mereka, bahkan di rumah mereka sendiri.

Untuk pengetahuan korang, Malaysia kini berada di tangga ke-6 tertinggi di dunia dan kedua di Asia dalam masalah buli siber ni. Gejala buli siber di Malaysia berlaku setiap hari tetapi tak banyak dilaporkan kerana proses birokrasi dan undang-undang yang panjang.

Mungkin juga mereka (pembuli) tidak tahu bahawa sebarang kandungan berniat jahat di internet dengan tujuan mengganggu, memprovokasi, mengancam atau menyalahguna adalah suatu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Gangguan buli siber boleh membawa kepada kemurungan, masalah mental dan lebih teruk lagi sehingga membunuh diri terutamanya dalam kalangan remaja.

Menyedari masalah buli siber yang semakin membarah, Ketua Pegawai Operasi Anggun Kirana Sdn Bhd dan Pengasas Himaya Premium Hijab Medical Mask iaitu Datuk KK Chua mengadakan kempen Anti Buli Siber.
Menurutnya, mangsa buli siber tidak lagi boleh berdiam diri kerana ianya akan memudaratkan diri sendiri sehingga boleh berlakunya gangguan mental. Buli siber kini tidak lagi mengenal mangsa sama ada remaja, pelajar atau orang dewasa. Langkah pertama dan yang paling penting adalah dengan memberitahu ibu bapa atau orang yang kita percaya dan rasa selamat untuk bercakap mengenainya.

Orang sekeliling juga berperanan mendengar masalah mereka, memberi pandangan positif atau melaporkan kejadian yang berlaku sekiranya mangsa malu atau buntu nak buat apa. 

Himaya Premium Hijab Medical Mask terpanggil untuk mengadakan kempen ini kerana artis kita juga tidak kurang hebatnya menjadi mangsa buli sehingga menjadi murung dan takut untuk keluar rumah. Bagaimanapun, artis Malaysia yang menjadi mangsa buli siber masih terkawal berbanding artis di Korea sehingga ramai yang gagal berhadapan dengan situasi ini sehingga membunuh diri.

Wany Hasrita yang turut menyertai acara ni berkongsi yang beliau pernah menjadi mangsa buli sehingga beliau mengambil langkah menyahaktif sementara Instagram kepunyaannya. Ianya berpunca daripada sikap netizen yang membuli di alam maya atas dasar kebebasan dan berselindung di sebalik akaun dan nama palsu. Sikap keterlaluan netizen membahayakan individu berkenaan. Mereka tidak tahu bahawa tulisan tersebut akan meresap ke dalam ingatan sehingga mengganggu kehidupan seharian.

Amira Othman juga menjadi mangsa buli apabila beliau dimasukkan ke hospital selepas otot pahanya didapati terkoyak dan berdarah selepas pertama kali menyertai kelas senam berbasikal indoor tetapi orang menuduhnya mengambil pil. Katanya, 'saya enggan melayan tuduhan atau kecaman netizen kerana saya dan keluarga lebih tahu siapa diri saya.'

Elfira Loy yang sudah 15 tahun bertapak dalam industri juga sudah lali dengan 'permainan' netizen. Beliau mengambil sikap tidak mempedulikan kritikan mereka dan enggan melayan perkara remeh. Erra Fazira turut melakukan perkara serupa apabila enggan tunduk dengan kecamam netizen.

Datuk KK Chua yang melancarkan kempen anti buli siber berkata, beliau mahu artis dan masyarakat bersama-sama tampil bertindak mengatasi buli siber ini dan jangan takut untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.

Di musim pandemik ni, face mask sudah menjadi sebahagian daripada benda wajib kepada masyarakat di dunia. Menyedari kesukaran wanita berhijab di negara ini untuk mendapatkan mask yang sesuai dipakai. Maka, lahirlah Himaya Premium Hijab Medical Mask yang sudah berada di pasaran tahun lalu dan kini menjadi face mask terlaris di Malaysia.

Himaya Premium Hijab Medical Mask adalah pelitup muka premium perubatan diperbuat dengan tiga lapis fabrik yang memudahkan pernafasan dan selesa, sesuai untuk mereka yang berhijab. 

Erra Fazira, Amira Othman, Wany Hasrita dilantik menjadi duta Himaya Premium Hijab Medical Mask bagi mewakili generasi remaja dan wanita yang sudah memiliki cahaya mata. Mereka berempat adalah wanita yang sibuk dengan kerjaya dan Elfira Loy pula sudah memiliki cahaya. Mereka memerlukan mask yang mudah dipakai dan selasa termasuklah Aten. Hehehe.

Himaya Premium Hijab Medical Mask didatangkan dalam 5 warna menarik iaitu Love Latte (coklat lembut), Soft Olive (hijau pastel) , Apricot Dream, Blue Lagoon dan Retro Slate. 

Korang boleh dapatkan Himaya Premium Hijab Medical Mask di semua rangkaian kedai Watsons dan Caring Pharmacy, Alpro, Georgetown, AEON, AA Pharmacy, Straits Pharmacy, Healthlane serta ejen yang berdaftar. 

Produk pelitup muka premium ini menggunakan tagline Berani Itu Jelita. Himaya Premium Hijab Medical Mask memandang serius untuk menangani masalah buli siber dengan menganjurkan Kempen Stop Cyber Bullying Women Day yang akan diadakan pada 7 Julai 2021 ini.

0 comment... add one now