Sedar tak sedar, seminggu dah kita berpuasa. Kejap je kan masa berlalu. Bagi Aten Ramadan kali ni sangat mencabar sebab kena jaga 2 anak Aten, Ammar yang menghampiri usia 3 tahun dan Afiq yang baru masuk 3 bulan hari. Bila dah petang nak masak untuk berbuka, masak yang simple-simple je sebab nak kena layan kerenah Ammar dan Afiq. Alhamdulillah Feeq pun tak kisah, makan je apa Aten masak. Memandangkan tahun lepas sebulan berbuka puasa sebulan kat rumah disebabkan pandemik COVID-19. Jadi, tahun ni kita selang-selang la makan kat luar. Mencuba menu baru. Hehehe.
Restoran fav Feeq, Tony Romas menyajikan menu best gila bersempena bulan Ramadan tahun ni. Memang berita baik untuk penggemar daging untuk mencuba menu eksklusif ni bermula 19 April 2021 hingga 15 Jun 2021 di restoran Tony Roma’s seluruh Malaysia.
Tony Romas, restoran yang tidak asing lagi buat penggemar daging mengadakan Festive Flavours yang disediakan dengan saiz hidangan yang jauh lebih besar supaya lebih ramai ahli keluarga dan rakan-rakan dapat meluangkan masa bersama-sama dan menikmati hidangan yang lazat pada harga yang sangat berpatutan.
Antara menu yang disediakan adalah Sup Tulang unik yang dinamakan Rib Bone Stew sebagai pembuka selera, Festive Beef Ribs Platter yang menawarkan 10 ketul tulang rusuk, Festive Lamb Slabs Platter dengan tiga potongan daging kambing, dan T-Bone Steak beserta minuman dan pencuci mulut. Menu ini menawarkan pelbagai juadah lazat yang pasti membuatkan kita tak sabar-sabar nak bukak puasa!
Rib Bone Stew disediakan dengan cara masakan Amerika, namun ianya masih mengekalkan elemen rasa masakan tradisional. Dimasak dengan kaedah reneh selama beberapa jam, daging tulang rusuk menjadi begitu lembut sehingga mudah dipisahkan dari tulangnya, tambahan pula, stew yang pekat dan kaya dengan rasa seumpama masakan dirumah sendiri.
Festive Beef Ribs Platter dihidangkan dengan lima rasa yang berbeza sesuai dikongsi dengan kumpulan ramai kerana saiz hidangan yang besar dan lengkap bersama hidangan sampingan (boleh pilih 2 hidangan sampingan sama ada jagung, coeslow atau mashed potato) dan Rib Bone Stew. Kita dapat mencuba lima rasa unik yang dihidangkan khas bagi memenuhi citarasa setiap pengunjung, tanpa mereka perlu risau sama ada mereka membuat pilihan yang tepat atau tidak. Tulang rusuk ini diperap dengan ramuan istimewa Dry Rub baru buatan sendiri yang menggunakan kombinasi rempah ratus yang disapu pada rangkanya untuk menjadikan daging lebih sedap. Bagi mereka yang lebih menyukai rasa pedas, Sriracha atau Black Pepper pasti menggoda, manakala yang mahukan rasa asli, Original BBQ serta pilihan Spicy juga boleh didapati di dalam hidangan tersebut.
Wajib makan! My fav is definitely Sriracha :D
Festive Lamb Slabs Platter juga didatangkan dengan Rib Bone Stew dan hidangan sampingan, menampilkan tiga potongan daging kambing yang sungguh lazat. Diperap dengan gandingan sos Madu dan Plum, hidangan ini sungguh menyelerakan dan lembut sekali.
Selain itu, menu wajib korang kena makan bila berbuka di Tony Roma's semestinya hidangan saiz kecil iaitu 450gm T-Bone Steak yang dimasak dengan sempurna!
Sebagai pelengkap hidangan, pelanggan boleh menikmati pencuci mulut yang manis iaitu
Kurma Tiramisu ataupun pilih minuman
Lychee Bandung atau
Lychee Mojito sebagai penutup selera.
Jadi, sekiranya korang ingin menikmati hidangan yang lazat, mewah dan menyelerakan pada Ramadan ini, kunjungilah Tony Roma’s. Menu yang disediakan pasti memuaskan cita rasa semua orang!
Harga? Jangan risau kerana ianya tidak akan menipiskan dompet korang sekelip mata, di mana menu penuhnya hanya berharga RM359.90 untuk 4 – 5 orang makan!
Untuk maklumat lanjut mengenai menu atau membuat tempahan, layari
www.tonyromas.com.my
0 Comments